Jihad dia adalah dengar cakap saya – PU Riz

Jihad dia adalah dengar cakap saya – PU Riz

Jihad dia adalah dengar cakap saya – PU Riz

Suami Neelofa, Haris Ismail mengakui dia perlu mengambil masa dan bukan mudah menjaga isterinya yang merupakan selebriti terkenal itu.

Perkara tersebut diakui Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz menerusi satu sesi Live bersama peminat dalam Instagram @lofa.redland_nlf baru-baru ini.



Pendedahan itu dibuat selepas pasangan itu menjawab soalan seorang peminatnya yang bertanyakan kepada Haris: “Susah tak nak jaga Neelofa, ustaz?”

Haris, 26, kemudian menjawab bahawa ada waktu susah dan senang untuk menjaga isterinya.

“Ada susah dan ada senang. Tapi secara keseluruhannya itu (perkahwinan) merupakan satu pengalaman yang mencabar.

“Dia (Neelofa) dah lama jadi bos. Jadi bila kita datang sebagai seorang suami, jihad dia adalah untuk dengar cakap saya,” katanya.



Tambahnya, personaliti Neelofa menyebabkan dia sukar untuk memberi arahan kepada isterinya itu.

“Jadi perkara itu sebenarnya bukan semudah yang disangka (bagi Neelofa) dan memerlukan sedikit masa,” kata Haris.

Sementara itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, menambah, dia juga memerlukan masa untuk menyesuaikan keadaan selepas bergelar isteri.

“Bila ada suami, memang kita wajib taat melebihi ibu bapa.



“Bukan senang sebenarnya. Kadang-kadang saya terlepas pandang,” ujarnya.

Neelofa dan Haris diijabka­bulkan pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. K Online

Jihad dia adalah dengar cakap saya – PU Riz


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Ibu Neelofa Mohon Maaf Pada Istana Johor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker