Kelebihan ISTINSYAQ dalam wuduk. Inilah amalan sunnah Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah ditinggalkan



Sebaran :

Kelebihan ISTINSYAQ dalam wuduk. Inilah amalan sunnah Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah ditinggalkan

Kelebihan ISTINSYAQ dalam wuduk. Inilah amalan sunnah Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah ditinggalkan

Mengambil wuduk merupakan salah satu daripada syarat sah mendirikan solat. Firman Allah surah al-Maidah: 6,

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan basuh kaki mu sampai dengan kedua buku lali.”



Namun begitu kesempurnaan berwuduk bukan hanya semata-mata menjaga rukunnya sahaja, tetapi Baginda s.a.w. mengajarkan agar tidak meninggalkan basuhan ke atas beberapa anggota sunat lain, yang sering kita pandang ringan.

Antaranya memasukkan air ke dalam hidung, ataupun istinsyaq sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah b. Zaid r.a.

“lalu ia berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya dengan tiga cedokan.”



Hadis ini bermaksud, hendaklah berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung menggunakan satu cedokan tangan dan mestilah mengulang-ulanginya sebanyak tiga kali. Itu merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. yang tidak semudahnya kita abaikan, kerana padanya terdapat pelbagai faedah dan manfaat pada diri.

Amalan istinsyaq iaitu memasukkan air ke dalam rongga hidung sangat bertepatan dengan tuntutan kebersihan yang dianjurkan Islam. Ia disebutkan Baginda s.a.w.

“Bersuci itu adalah separuh daripada Iman.” – HR Muslim

Dalam membincangkan permasalahan ini, para ulama sebenarnya berbeza pendapat dalam menentukan hukum istinsyaq. Menurut mazhab Syafie, hukum istinsyaq adalah sunat. Akan tetapi sebahagian ulama, seperti Imam Ahmad dan Imam Aba Tsur al-Syafie telah menghukumkan istinsyaq sebagai wajib.



Hujah mereka kerana, terdapat banyak hadis yang menuntut agar melakukan istinsyaq ketika berwuduk. Sama ada hukumnya sunat atau wajib, ia jelas menunjukkan pentingnya istinsyaq diamalkan setiap kali berwuduk.

Cara Istinsyaq

Kelebihan ISTINSYAQ dalam wuduk. Inilah amalan sunnah Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah ditinggalkan
Sunat istinsyaq sesudah membasuh tapak tangan, hingga pergelangannya pada awal perbuatan wuduk. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baginda s.a.w. kerana tertib bukanlah perkara sunat, tetapi adalah suatu kemestian. Oleh itu, tidak dikira istinsyaq sebelum membasuh kedua-dua tapak tangan.

Antara kaedah beristinsyaq menurut jumhur ulama ialah menghimpunkannya dengan perbuatan berkumur. Ia adalah lebih afdhal berbanding mengasingkannya di sisi kebanyakan ulama.



Kaedahnya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Zaid r.a. ialah dengan mengambil sedikit air, sebahagiannya dihirup masuk ke dalam mulut, dan sebahagian lain disedut masuk ke dalam hidung.

Perbuatan mengasingkannya pula tidaklah makruh. Dan setiap perbuatan ada ganjaran sunatnya di sisi Allah S.W.T.

Istinsyaq terhasil dengan menyampaikan air ke dalam hidung melalui apa cara sekalipun. Namun yang paling afdal ialah menyedutnya masuk sehingga ke pangkal hidung, dan istintsar atau menghembusnya keluar, supaya hilang segala kotoran seperti habuk-habuk kecil dan kotoran lain, yang sering menjadi punca kepada penyakit-penyakit yang kita tidak inginkan.



Sunat memasukkan air (istinsyaq) dengan tangan kanan dan mengeluarkannya (istintsar) dengan tangan kiri. Hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a.

“Bahawa Baginda (Rasulullah s.a.w.) berkumur, menghirup air ke dalam hidung dan mengeluarkannya sambil memegang hidungnya dengan tangan kiri, Baginda mengerjakan tiga kali. Kemudian Saidina Ali r.a. berkata, beginilah cara bersuci Nabi s.a.w.”

Bahkan turut dianjurkan juga supaya memasukkan jari kelingking tangan yang kiri, dan membersihkan apa-apa yang ada di dalam lubang hidung.



Sunat menggunakan tangan kiri kerana, tidaklah sesuai menggunakan tangan kanan apabila membersihkan kotoran, disebabkan kemuliaannya sebagaimana perbuatan beristinjak.

Istinsyaq tetap diharuskan walau dalam keadaan berpuasa. Akan tetapi tidak harus berlebih-lebihan (mubalaghah) kerana dikhuatiri akan membatalkan puasa, sekiranya air sampai ke rongga dalam, jelasnya.

Kelebihan ISTINSYAQ dalam wuduk. Inilah amalan sunnah Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah ditinggalkan
Hikmah Yang Terkandung

Dalam membicarakan tentang sunnah yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. pasti ada hikmah yang tersirat atau tersurat. Jika diteliti hikmah beristinsyaq ialah kita dapat mengenal pasti sifat air yang hendak digunakan.



Samada air tersebut telah berubah baunya atau tidak. Setelah mengenalinya kita akan lebih yakin untuk menggunakan air tersebut untuk basuhan seterusnya.

Selain itu merujuk kepada hadis riwayat Muslim,

“Tidaklah seorang dari kalangan kamu (mukmin) yang berkumur ketika mengambil wuduk, kemudian dia memasukkan air ke hidungnya, maka menghembusnya keluar, melainkan gugurlah segala dosanya pada mukanya, dan segala dosa pada hidungnya.”

Dosa yang gugur pada muka dan hidung ialah dosa-dosa kecil yang terdapat pada keduanya. Contoh dosa kecil pada hidung ialah mencium wangian wanita ajnabiyah, yang mana kita tahu akan haramnya. Bahkan jika tiada dosa-dosa kecil pada anggota tersebut sekalipun, mudah-mudahan gugur dosa-dosa besar yang ada, kerana sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun akan segala dosa-dosa hamba-Nya.

Bahkan lebih dari itu, antara hikmah syarak menuntut beristinsyaq ke atas orang-orang mukmin adalah untuk menghidu wangi-wangian syurga yang dijanjikan kepada orang-orang beriman. Begitulah yang dinyatakan pada Hasyiah al-Bajuri ‘ala Ibni Qasim al-Ghazzi.

Mencegah penyakit

Menurut kajian yang dilakukan, wuduk yang dilakukan dengan betul dan sempurna dapat mencegah 17 jenis penyakit yang kritikal. Antara penyakitnya ialah berkaitan mata, telinga, kulit, hidung termasuk penyakit sinus, radang kerongkong, penyakit pernafasan seperti batuk, paru-paru dan juga penyakit mental.

Menurut Muhammad Salim dari Fakulti Perubatan Universiti Alexandria, melalui pengamatan menggunakan mikroskop, hidung orang-orang yang tidak berwuduk merupakan tempat pertumbuhan kuman dalam jumlah yang besar dan cepat penularannya.

Sebaliknya mereka yang berwuduk, hidungnya bebas dari kuman. Kajiannya juga menjelaskan sekali beristintsar dapat membersihkan hidung dari separuh kuman, sedangkan dua kali dapat menambah 1/3 kebersihan, dan tiga kali dapat menjadikan hidung benar-benar bersih.

Ia juga dapat mencegah 11 kuman penyakit yang membahayakan yang ada dalam rongga hidung, terutama dalam hal gangguan pernafasan, radang paru-paru, kanser dan lain-lain.

Maka beruntunglah di kalangan orang-orang beriman yang melengkapkan amalannya dengan amalan-amalan sunnah seperti ini, kerana terdapat pelbagai faedah dapat diraih sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.

Mereka bukan sahaja berhak memperolehi pahala sunnah yang dijanjikan syarak, bahkan dapat memelihara kebersihan diri seterusnya menghasilkan kesihatan yang baik untuk meneruskan ketaatan kepada Allah Azzawajalla.

Dan ingatlah, sebaik-baik amalan dalam beribadah adalah ittiba’ kepada sunnah Rasulullah s.a.w. Firman Allah surah al-Zumar ayat: 17-18

“Maka sampaikanlah khabar gembira kepada hamba-hambaKu, iaitu mereka yang mendengar perkataan, lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya.” utv

Kelebihan ISTINSYAQ dalam wuduk. Inilah amalan sunnah Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah ditinggalkan


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Muliakanlah ibu bapa


Sebaran :


Leave a Reply