Muliakanlah ibu bapa

Muliakanlah ibu bapa

Muliakanlah ibu bapa

Oleh Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir

Situasi pendemik Covid-19 di Malaysia masih lagi dalam keadaan membimbangkan dan tanda-tanda untuk pulih masih lagi samar-samar.



Rentetan dari situasi ini, pihak kerajaan telah memperketatkan kembali pergerakan rakyat daripada larangan merentas negeri kepada larangan merentas daerah.

Keadaan ini menyebabkan rakyat khususnya umat Islam hiba apabila sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini berlaku secara bersedirian tanpa kunjung mengunjung antara satu sama lain.

Tidak sekadar itu, bagi mereka yang masih lagi mempunyai ibu bapa, saat-saat ini juga menjadi suram apabila tidak mampu untuk bersama dengan mereka.

Ibu bapa adalah insan yang sangat istimewa. Islam meletakkan kedudukan ibu bapa pada satu tempat yang tinggi kerana kewajipan berbakti dan menghormati mereka adalah besar selepas beriman kepada Allah dan menyembah-Nya serta tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain.



Dalam al-Quran terdapat dua perkataan yang membawa maksud ibu iaitu ‘umm’ dan ‘walidah’. Perkataan ‘umm’ menjelaskan peranan ibu yang mengandung dan melahirkan tanpa melihat sifat seseorang ibu itu sama ada baik atau buruk. Hal ini merujuk kepada segelintir wanita yang mengandung dalam keadaan terpaksa dan akhirnya menggugurkan atau membuang bayi tersebut apabila dilahirkan. Kata ‘walidah’ digunakan hanya karana adanya proses melahirkan, baik bagi manusia maupun makhluk lain. Ibu yang digelar dengan nama ‘walidah’ inilah menggambarkan tempat menumpahkan segala pengorbanan tanpa membezakan apakah ia baik atau tidak. Allah berfirman maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al Isra ayat 23)

Mulianya ibu bapa

Mulianya ibu bapa apabila al-Quran memberitakan kepada kita tentang dalamnya cinta ibu bapa kepada anak-anaknya dan besarnya kasih sayang dan kelembutannya kepada mereka. Islam adalah sebuah agama yang sangat menitikberatkan soal berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Bahkan amalan birr al-walidayn (berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa) merupakan antara ibadah yang paling besar selepas tauhid kepada Allah SWT.

Ini seperti yang ditunjukkan oleh firman Allah SWT yang bermaksud:



Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surah Al-Nisa’ ayat 36)

Dr Muhammad Ali al-Hashimi menyatakan bahawa ayat-ayat ini merujuk kepada kekuatan hubungan manusia dengan sang pencipta iaitu menyembah Allah SWT dan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Kedudukan ibu bapa diangkat ke suatu peringkat sehingga ulama dan ahli falsafah tidak dapat mentafsirkannya lagi.

Dalam masa sama antara salah satu tanda hampirnya kiamat adalah situasi ibu yang pada suatu ketika mengandung, melahirkan, menyusu dan menjaga anak sejak dari kecil, akhirnya bertukar menjadi orang bawahan atau pembantu kepada anaknya sendiri. Hal ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Di antara tanda-tanda kiamat adalah apabila kamu melihat pengembala kambing menjadi pemimpin manusia dan kamu melihat orang yang bertelanjang dan berkaki ayam (miskin) akan berlumba-lumba meninggikan bangunan dan apabila ibu melahirkan tuannya.” (Hadis riwayat Shuib al-Arnaout)

Pendapat al-Hafiz Ibnu Hajar mengenai ‘ibu melahirkan tuannya’ mengisyaratkan bahawa akan banyaknya penderhakaan manusia kepada ibu mereka sendiri. Gambaran ini telah jelas kelihatan apabila anak-anak dalam keadaan sedar atau tidak telah menjadikan mereka seperti pembantu rumah dengan membuat kerja-kerja memasak, membasuh, mengasuh cucu dan lain-lain. Situasi hari ini juga memperlihatkan ibu bapa hanya dihubungi sekiranya ada perkara penting sahaja berbanding rakan sekerja yang sentiasa diajak berborak dalam banyak perkara. Ibu bapa terus disisihkan umpama mereka tiada kaitan dengan kehidupan anak.



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku dan ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.” (Surah Maryam ayat 32)

Imam Asy-Syarbini menjelaskan ibu disebutkan secara khusus dalam al-Quran kerana menanggung beban berat dan banyak daripada rasa sakit dan kesulitan ketika melahirkan, menyusui dan mengasuh. Dalam tempoh ini, ibu bersengkang mata berkorban apa sahaja bagi memastikan anaknya membesar dalam keadaan sihat dan dijaga rapi.

Muliakanlah ibu bapa

Pada hari ini, teknologi berkembang cukup pantas dan kita mampu untuk berhubung dengan sesiapa sahaja secara lansung. Maka gunakanlah peluang yang ada ini untuk selalu bertanya khabar ibu bapa di kampung. Jangan sekadar menggunakan suara sahaja, buatlah video call supaya kita boleh melihat mereka dan mereka juga seronok untuk melihat anak-anak kandung mereka.

Banyak aplikasi dalam telefon yang membolehkan kita selalu berhubung dengan mereka. Jika ibu bapa masih menggunakan telefon lama, hadiahkanlah kepada mereka dengan yang baru mudah-mudahan senang untuk berhubung kelak. Ajarlah mereka menggunakan teknologi seperti mana mereka bersabar mengajar kita dari kecil dahulu. Jika kita boleh meluangkan masa sepanjang masa dengan telefon dan aplikasi dalam talian, tidak salah untuk kita menghantar emoji atau text bertanya khabar supaya hubungan kita dengan kedua-dua ibu bapa akan sentiasa subur.



Justeru, ibu bapa tidak sepatutnya dilayan seperti orang asing khsusunya dalam situasi pendemik yang masih lagi membataskan hubungan bersemuka dengan ibu bapa. Ibu bapa perlu dimuliakan oleh anak-anak walaubagaimana tingginya kedudukan taraf dan pangkat anak-anak dalam pekerjaan. Oleh itu, sisa-sisa umur ibu bapa perlu dimanfaat untuk bergembira dan merasa bahagian dengan anak-anak yang telah dididik dan dijaga rapi sehingga menjadi manusia berjaya pada hari ini. Semoga anak-anak dapat menjaga dan berbakti kepada ibu bapa ketika hayatnya masih ada.

Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Muliakanlah ibu bapa


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET




5 cara sunnah untuk kekal hubungan suami isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker