Lelaki gelang pink kena kompaun beli barang runcit

Lelaki gelang pink kena kompaun beli barang runcit

Lelaki gelang pink kena kompaun beli barang runcit

JEMPOL – Seorang lelaki yang masih memakai gelang pink namun tidak mematuhi perintah kuarantin dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 selepas dikesan mahu membeli barangan runcit di kedai berdekatan kediamannya di Taman ACBE Bahau, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kira-kira pukul 5 petang, pasukan petugas pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah menahan lelaki berkenaan di tepi jalan di Lorong 11 taman berkenaan setelah mendapat maklumat dari orang awam.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 53 tahun itu dalam perjalanan menaiki kenderaan dari rumahnya ke kedai runcit namun tidak jadi masuk ke dalam kedai berkenaan selepas menyedari kehadiran pasukan polis.

“Lelaki tersebut diarahkan menjalani tempoh kuarantin sejak 28 Mei lalu dan dijangka berlanjutan sehingga 6 Jun ini. Bagaimanapun tindakan lelaki ini mahu pergi ke kedai menyalahi undang-undang serta tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Lelaki berkenaan telah dikompaun di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi. K Online

Lelaki gelang pink kena kompaun beli barang runcit

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pakai gelang ‘pink’, guru pencen dikompaun RM4,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker