Bursa Malaysia dan Ringgit dibuka lemah menjelang ‘lockdown’ esok

Bursa Malaysia dan Ringgit dibuka lemah menjelang ‘lockdown’ esok

Bursa Malaysia dan Ringgit di buka lemah menjelang ‘lockdown’ esok. Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS hari ini, kerana pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau ‘lockdown’ di seluruh negara mulai esok.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.1420 berbanding Dolar AS dari penutupan Jumaat pada 4.1320.

Manakala, berbanding mata wang utama yang lain, Ringgit juga diperdagangkan lebih rendah semasa pembukaan.



Ringgit turun sedikit berbanding Dolar Singapura kepada 3.1293 dari penutupan Jumaat pada 3.1213 dan melemah berbanding mata wang Euro kepada 5.0495 daripada 5.0344.

Ia juga menyusut berbanding Yen Jepun kepada 3.7727 dari 3.7598 dan lebih rendah berbanding Pound Britain pada 5.8742 / 8859 dari 5.8604 / 8651.

Sementara itu Bursa Malaysia dibuka lebih rendah minggu ini dengan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang ‘lockdown’ seluruh negara yang akan dilaksanakan mulai esok berikutan kes Covid-19 yang lebih tinggi. FBM KLCI dijangka bergerak dalam julat antara 1,580 ke 1,600 mata sepanjang minggu ini.

Pada jam 9 pagi, penanda aras indeks FBM KLCI menyusut 23.64 mata, atau 1.48 peratus, kepada 1,570.80 daripada 1,594.44 pada penutupan Jumaat. Indeks dibuka 23.4 mata lebih lemah pada 1,571.04.



Sentimen keseluruhan pasaran adalah negatif dengan 740 kaunter rugi mengatasi 740 berbanding kaunter 40 untung, sementara 123 kaunter tidak berubah, 1.279 tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung.

Jumlah dagangan keseluruhan berjumlah 525.94 juta unit bernilai RM184.68 juta. SM

Bursa Malaysia dan Ringgit di buka lemah menjelang ‘lockdown’ esok.

 


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET 


SOP ketika lockdown



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker