BCL Terharu Filem Lakonan Ashraf Bakal Ditayangkan
BCL Terharu Filem Lakonan Ashraf Bakal Ditayangkan
PENYANYI dan pelakon ternama Indonesia, Bunga Citra Lestari meluahkan rasa bangga dan terharu melihat trailer filem terakhir yang dibintangi suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, berjudul J2: J Retribusi.
Perkara itu dikongsi Bunga atau lebih mesra disapa BCL menerusi hantaran di Instagramnya.
“His last movie… Im proud of you sayang,” tulis BCL dengan turut disertakan emoji hati.
Selain daripada itu, BCL turut memuji usaha keras dan pencapaian suaminya dengan memperincikan sedikit watak yang dilakonkan Ashraf
“‘MERCILESS’ itulah gambaran watak antagonis yang dilakonkan oleh Allahyarham Ashraf Sinclair yang membuatkan anda tidak senang duduk ketika menontonnya!” ujar BCL.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut BCL menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem terakhir Ashraf yang meninggal dunia pada 18 Februari 2020, dipercayai akibat serangan jantung sewaktu berada di kediamannya.
Hantaran artis yang juga ibu tunggal kepada Noah Sinclair itu sudah ditonton oleh lebih 1.4 juta orang sejak dimuat naik sekitar 16 jam lalu.
J2: J Retribusi merupakan sebuah filem sekuel blockbuster yang dinanti-nantikan selepas J Revolusi.
Ia diarahkan oleh Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah dan akan dilancarkan secara eksklusif menerusi platform penstriman Disney+ Hotstar pada 1 Jun ini.
Selain Ashraf, antara pelakon yang akan membintangi filem ini adalah Zul Ariffin, Amelia Henderson, Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim dan ramai lagi.-Awani
BCL Terharu Filem Lakonan Ashraf Bakal Ditayangkan
Baca Artikel Menari
- Migrant crackdown will worsen health crisis, say activists
- Don’t play with autonomy on MCO rules, says Sarawak DAP
- Tak daftar masuk tempat kerja – dikompaun RM7500
- Vaksinasi AstraZeneca: Waktu janji temu di WTCKL, IDCC esok dijadual semula
- Warga Emas Ditemui Mati, Mayat Dimakan Kucing Peliharaannya
- [VIDEO] Polis Tangkap Suspek Tendang Tiga Pelanggan Di Kedai Serbaneka
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.