BCL peluk Ariel NOAH dari belakang.



Sebaran :

HUBUNGAN penyanyi popular Ariel NOAH dan Bunga Citra Lestari (BCL) dikhabarkan semakin rapat.

Kedua-duanya digosipkan menjalinkan hubungan istimewa, malah sekeping foto memperlihatkan BCL memeluk Ariel dari belakang mendapat perhatian netizen.
Seperti dipetik Liputan6, kedua-dua selebriti ini kelihatan mesra dan BCL dilihat begitu selesa bersandar di bahu vokalis kumpulan NOAH itu.

Keakraban hubungan mereka sering diperkatakan sejak kebelakangan ini, kedua-dua artis ini juga sering terlibat dalam projek yang sama.



Malah, foto yang tersebar itu juga dikatakan salah satu adegan video muzik Mencari Cinta.

Foto yang dimuat naik sebuah akaun Instagram @r_cutha2 itu menerima pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata peminat mereka sudah tidak sabar menanti kolaborasi terbaharu kedua pasangan itu.



BCL berkahwin dengan Ashraf Sinclair 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 11 tahun.

Ashraf meninggal dunia di kediaman mereka pada 18 Februari 2020.

[VIDEO] DETIK DETIK TERAHIR BERSAMA ASHRAF SINCLAIR – BCL


Sebaran :


Leave a Reply