Kante pekena nasi lemak menjelang final UCL



Sebaran :

Kante pekena nasi lemak menjelang final UCL

Kante pekena nasi lemak menjelang final UCL

London: Bintang bola sepak Chelsea, N’Golo Kante nyata mempunyai cara tersendiri untuk memperoleh ‘tonik’ terbaik menjelang aksi final Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Manchester City yang akan berlangsung awal pagi ini.

Sebelum terbang ke Porto untuk aksi final, pemain skuad kebangsaan Perancis itu sempat mengunjungi sebuah restoran makanan Malaysia di London, Tuk Din Flavours of Malaysia.



Menurut perkongsian di Instagram restoran itu, Kante yang membarisi skuad memenangi Piala Dunia 2018, menempah sepinggan nasi lemak kosong dan ayam masak merah.

“N’golo Kante menikmati makanan Malaysia, nasi lemak dan ayam masak merah. Ia adalah sebelum dia terbang untuk aksi Liga Juara-Juara bertemu Manchester City di Portugal,” demikian kapsyen di Instagram restoran itu.

Kante dilihat bergambar dengan beberapa individu di luar restoran berkenaan.



Restoran Tuk Din menyediakan menu makanan Malaysia yang amat terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang melancong ke London.

“Antara pemain tengah terbaik di dunia. Orangnya sangat merendah diri,” tulis seorang peminat rakyat Malaysia di Facebook yang berpeluang bergambar dengan Kante. HM

Kante pekena nasi lemak menjelang final UCL


Baca Artikel Menari



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bella Astillah kena kutuk nasi lemak 50 sen [VIDEO]


Sebaran :


Leave a Reply