“Terima Kasih Mendoakan”-Zulin Aziz Relax Je Bila Ditegur Tudung Makin Pendek Sejak Kurus
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz pernah mengejutkan peminat dengan perubahan penampilannya setelah berjaya menurunkan berat badan dengan ketara suatu ketika dahulu.
Sejak itu, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz menjadi bualan para netizen lebih-lebih lagi apabila ada yang memberi komen mengatakan dirinya sering memakai tudung pendek dan tidak menutupi bahagian dada.
Netizen tegur tudung makin pendek
Namun begitu, wanita berusia 32 tahun itu sedikit pun tidak melatah malah dia memberi respon yang baik terhadap tuduhan tersebut.
Gemuk atau kurus, Zulin masih orang yang sama
“Orangnya masih sama. Saya gemuk ke kurus ke, saya pakai tudung semua jenis. Labuh ada, pendek ada. Saya ni memang begini tapi tak semestinya terus begini,” jelas Zulin.
Menurut Zulin, walaupun dirinya telah mengurangkan berat badan namun dia masih lagi Zulin yang sama dan cuba memperbaiki penampilannya dari masa ke semasa.
Di samping memohon doa orang ramai, Zulin turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang menegur pemakaiannya.
Terima kasih doakan & tegur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar bintang drama Penjara Janji itu bertudung dengan sempurna suatu hari nanti.
Sementara itu, ada juga yang berasa kasihan terhadap Zulin kerana ada sahaja golongan yang suka mencari kesalahan wanita itu.
Kami doakan Zulin bertudung dengan sempurna
Kesian, pasal tudung pun jadi hal
Doa yang baik2, kita manusia biasa
Moga sentiasa dalam lindungan Allah
Nak jadi isteri solehah kena mula dari sekarang
Hijrah ke arah lebih baik kak
Terdahulu, netizen menuduh Zulin menjual cerita sedih di laman sosial untuk kurus dan seterusnya tampil dengan produk keluarannya sendiri.
Mereka mempertikaikan produk ini kerana terdahulu Zulin ada berkongsi bahawa dia mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menurunkan berat badan.-OMM
Sumber: Instagram Zulin Aziz
[VIDEO] “Masok Air Akak Ni..” 😂🤣 – Zulin Aziz Buat Hal Di Pandu Lalu McD
You must be logged in to post a comment.