[VIDEO] “Masok Air Akak Ni..” 😂🤣 – Zulin Aziz Buat Hal Di Pandu Lalu McD

Bagi pekerja di kaunter pandu lalu restoran makanan segera, pastinya saban hari mereka bertemu dengan pelbagai karenah pelanggan. Membuat pesanan menerusi kaunter pandu lalu ini sememangnya banyak memudahkan pelanggan. Anda hanya perlu bawa kereta ke kaunter dan membuat pesanan serta bayaran dan dapat makanan dibeli. Mudahnya kehidupan bukan?

Biarpun begitu, baru-baru ini satu video dari selebriti serba boleh Zulin Aziz telah mencuri perhatian ramai. Menerusi rakaman itu kelihatan Zulin Aziz sedang membuat pesanan di pandu lalu McD. Namun apa yang mencuri perhatian ramai apabila cara dia membuat pesanan dengan nada yang cukup happening.

Seperti semua orang tahu, Zulin Aziz boleh meniru pelbagai suara selebriti. Dalam video ini kedengaran Zulin Aziz buat hal di pandu lalu McD dengan membuat pesanan menggunakan suara siap dengan nada nyanyian beberapa perkataan. Berikut adalah video yang dikongsikan menerusi Instagram Zulin Aziz baru-baru ini:

Video Zulin Aziz buat hal di pandu lalu McD ini telah meraih lebih 170 ribu tontonan dan 91 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

Masok Air Akak Ni….

Sumber: intagram, HCL

Kecoh bergaduh di kaunter Drive-Thru restoran makanan segera, Polis sahkan pemandu sudah ditahan [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker