Sejarah disyariatkan puasa di bulan Ramadhan

Sejarah disyariatkan puasa di bulan Ramadhan

Ibadah puasa bukanlah hanya tertakluk kepada umat Islam semata-mata tetapi ia telah pun diamalkan sebelum kedatangan Islam sejak lama dahulu terutama dalam kalangan bangsa Mesir kuno, India, Yunani dan Romawi.

Menurut Louis Ma’luf dalam Kamus al-Munjid, sejak abad ke 26 sebelum masihi lagi amalan berpuasa telah dipraktikkan oleh bangsa Mesir dan Phoenisa sebagai menghormati Dewi Izis (penentu nasib jodoh manusia).

Al-Jurjawi juga menerangkan bahawa kaum Watsani (penyembah api dan berhala) berpuasa ketika mengharapkan kerelaan Tuhannya atau ketika Tuhannya berasa marah.

Manakala dalam tradisi agama Yahudi, hari Asyura diagungkan dan penganutnya berpuasa pada hari tersebut. Ketika hari Asyura, bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di Lembah Judiy dan Nabi Musa a.s. serta kaumnya Bani Israel selamat dari kejaran Firaun dan bala tenteranya. Kerana itu amalan puasa dijadikan sebagai ibadah memperingati peristiwa penting tersebut.

Bagaimana Islam mewajibkan puasa?

Selepas hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah, Baginda sangat melazimi puasa Asyura (10 Muharam) sebelum puasa Ramadan diwajibkan. Menurut riwayat Ibnu Abbas r.a.

“Ketika tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w. menyaksikan orang Yahudi Madinah berpuasa Asyura. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, “Puasa apa?” Jawab Yahudi, “Ini (Asyura) adalah hari yang baik. Allah menyelamatkan Musa dan Bani Israel dari musuh mereka pada hari ini”. Rasulullah s.a.w. kemudian juga ikut berpuasa Asyura dan memerintahkan sahabatnya untuk berpuasa Asyura. “Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian” Kata Rasulullah s.a.w. (HR Bukhari & Muslim)

Dalam riwayat lain pertanyaan Rasulullah s.a.w. kepada Yahudi Madinah,

“Hari apa yang kalian puasakan ini? Mereka menjawab,

“Ini hari agung di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai bentuk kesyukuran, kami pun berpuasa pada hari ini.” Lantas jawab Baginda, “Aku lebih berhak dan lebih utama terhadap Musa daripada kalian”

Menurut Imam at-Thobari dalam Jami’ al-Bayan, bahawa Muadz bin Jabal r.a. telah berkata,

“Rasulullah s.a.w. datang ke Madinah maka puasa yang dilakukan oleh beliau adalah puasa Asyura dan puasa tiga hari pada setiap bulannya. Hingga akhirnya Allah mewajibkan puasa Ramadan dan Allah menurunkan ayat Nya, (al-Baqarah: 183), “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada umat sebelum kamu agar kamu bertakwa”.

Islam juga mensyariatkan puasa hari Asyura sebagai ibadah sunnah. Namun hingga pada tahun kedua hijrah pada bulan Syaaban maka turunlah ayat perintah berpuasa di bulan Ramadan. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w. memberikan pilihan kepada sahabat untuk mengamalkan atau tidak mengamalkan puasa Asyura.

“Sungguh, Asyura adalah salah satu hari (milik) Allah. Siapa Sahaja yang ingin berpuasa di dalamnya silakan berpuasa” (HR Bukhari & Muslim)

Puasa hanya pilihan

Pada awalnya puasa hanyalah sebagai pilihan. Siapa sahaja yang ingin berpuasa maka ia boleh berpuasa dan sesiapa yang ingin berbuka mereka boleh berbuka tetapi perlu menggantikannya dengan memberi makan kepada fakir miskin.

Hal ini disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 184 yang secara jelas memberikan pilihan kepada umat Islam yang mampu melakukan puasa, maka teruskan berpuasa dan jika tidak mampu kerana terbeban atau mengalami kesulitan maka mereka perlu membayar fidyah.

Antara sebab utama kenapa pada awalnya puasa hanyalah sebagai pilihan kerana puasa merupakan ibadah yang sangat berat dan sulit terutama bagi masyarakat di negeri tertentu seperti di negeri Hijjaz.

Penduduk dan Masyarakat di negeri tersebut pada awal-awal Islam sangat susah dan miskin. Mereka memerlukan tenaga untuk bekerja dan mendapatkan pendapatan harian. Sementalah lagi jika diwajibkan secara mandatori atau muktamad sudah pasti ramai tidak mampu bertahan dengan Islam.

Akan tetapi apabila mereka sudah terbiasa dengan ibadah ini dan keimanan mereka semakin kukuh dan jitu maka al-Quran telah menghapuskan pilihan fidyah melalui surah al-Baqarah ayat 185. Dan al-Quran mewajibkan puasa bulan Ramadan bagi mereka yang sihat serta mampu tanpa sebarang alasan.

Manakala yang mengalami kesulitan seperti sakit, orang tua, ibu mengandung, musafir atau sebagainya, mereka diberi keringanan berbuka namun tetap wajib menggantikan puasanya pada hari yang lain dan membayar fidyah. Kewajipan amalan berpuasa mendasar sehingga kini dan kita umat Islam wajib melaksanakan dan menyempurnakannya sesuai dengan perintah Allah. Wallahu a’lam Utv

Sejarah disyariatkan puasa di bulan Ramadhan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker