Kecoh bergaduh di kaunter Drive-Thru restoran makanan segera, Polis sahkan pemandu sudah ditahan [ VIDEO ]

Share

POLIS telah menahan pemandu yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran makanan segera McDonald’s di Rawang, baru-baru ini.

“Pemandu tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan dan dia didapati mengalami kecacatan mental. Siasatan lanjut sedang dilakukan,” kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Beliau menambah, insiden pergaduhan itu bermula apabila pemandu lelaki berkenaan menyerang petugas di kaunter pandu lalu.

Terdahulu, klip video pergaduhan berkenaan menjadi viral di media sosial.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam Ahad, baru-baru ini.

Menurut kenyataan polis, pergaduhan berlaku ekoran perselisihan antara pemandu dan pekerja restoran mengenai kaedah pembayaran.

“Hasil siasatan yang dilakukan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari lokasi tersebut, polis mengklasifikasikan semula kes tersebut di bawah Seksyen 447 dan 427 Kanun Keseksaan, kerana memusnahkan harta benda, dan juga Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana mencetuskan pergaduhan,”tambah ACP Arifai. – THE STAR

 

Disahkan oleh McD

Foto:  McDonalds Malaysia

Menerusi Twitter McDonalds Malaysia,  syarikat makanan itu mengesahkan salah seorang pekerjanya telah diserang oleh pelanggan menerusi tingkap Pandu-Lalu. Pihak McDonalds memandang serius insiden tersebut dan laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Pihak McD juga akan mendapatkan nasihat undang-undang bagi memberi keadilan kepada pekerjanya.

Punca kejadian?

Menurut seorang pengguna Facebook, lelaki itu dikatakan sudah membuat pembayaran melalui kaedah paywave namun setelah transaksi berjaya, dia ingin menukar kepada kaedah pin sebelum bertindak menumbuk pekerja yang bertugas di tingkap Pandu Lalu.

Walaupun duit telah dipulangkan semula, lelaki itu dikatakan tetap bersikap agresif  untuk masuk ke tingkap Pandu Lalu McD menyerang pekerja tersebut. Namun, tindakan lelaki tersebut berjaya dihalang oleh orang ramai.

Sumber: Akeem Shahryzal McDonalds Malaysia

 

Gaduh di McDonald’s kerana ‘pay wave’ [Video]

Leave a Reply