Juruteknik dicekup tunjuk kemaluan kepada anak jiran

Juruteknik dicekup tunjuk kemaluan kepada anak jiran

Juruteknik dicekup tunjuk kemaluan kepada anak jiran

KLANG – Tindakan jijik seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya kepada seorang kanak-kanak perempuan membawa padah apabila dicekup polis.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 23 Mei lalu sekitar jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek ditahan polis setelah menerima laporan daripada mangsa sendiri.

“Semasa kejadian mangsa yang juga pelajar sekolah berusia 14 tahun sedang memberi makanan kepada kucing di hadapan rumahnya di Kampung Idaman Pelabuhan Klang.

“Ketika itu mangsa didatangi suspek yang merupakan jiran sebelah rumahnya sebelum berbual dengan mangsa di hadapan rumahnya.

“Semasa berbual tiba-tiba suspek secara tiba-tiba mengeluarkan kemaluannya serta menunjukkan kepada kanak-kanak perempuan itu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah beliau, takut dan risau dengan perbuatan lelaki itu, mangsa berlari masuk ke dalam rumah.

Bertindak atas maklumat mangsa, polis telah membuat tangkapan ke atas lelaki terbabit sekitar jam 2 petang pada 27 Mei lalu di pekarangan ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

“Siasatan awal polis mendapati suspek berusia 43 tahun memang menunjukkan kemaluannya kepada mangsa semasa kejadian itu.

“Suspek tidak mempunyai rekod pesakit mental,” ujarnya.

Lelaki itu direman tiga hari sehingga 30 May ini untuk disiasat lanjut. MG

Juruteknik dicekup tunjuk kemaluan kepada anak jiran


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemaluan Dipotong, Dicampak Kepada Babi Selepas Dituduh Cuba Merogol Anak Buah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker