Pemuda mengamuk ibu meninggal selepas diberi bantuan pernafasan dari tabung oksigen kosong


Seorang pemuda mengamuk selepas ibunya meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Medan, Indonesia.

Video pemuda itu berang viral, setelah dia mendakwa ibunya diberi bantuan pernafasan dari tabung oksigen yang telah kosong.

Kompas.com melaporkan lelaki itu menuduh petugas perubatan tidak profesional dan di dalam video itu dia menjerit berkali-kali “Tabung kosong”.

Jururawat yang disergah lelaki berkenaan turut pengsan dan terpaksa diberi rawatan.

Pihak hospital kemudiannya dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku pada 26 Mei lalu dan tabung gas berkenaan masih berisi oksigen.

Sehubungan itu pihak hospital berkenana turut membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. SM

Orang ramai turut bersimpati dengan pemuda tersebut. Ada yang berkata sistem perubatan di Indonesia memang tidak baik dan wajar diberi perhatian oleh kerajaan.

Wanita mahu ‘serang’ Israel dengan cara hancurkan rumah tangga tentera zionis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker