Zafrul dituduh ada agenda kritik UMNO Selangor yang dipimpin ‘orang kanan’ Zahid

Umno Selangor membidas bekas bendaharinya Tengku Zafrul Aziz yang didakwa mempunyai motif tertentu dalam mengkritik kepimpinan diketuai Megat Zulkarnain Omardin.

Ketua Penerangannya Mohd Zaidi Md Zain berkata kritikan Zafrul yang mendakwa tiada usaha “gigih” Umno Selangor untuk memperbaiki keadaannya selepas kalah teruk pada PRN lalu menunjukkan beliau ketinggalan perkembangan politik negeri.

Beliau yang juga ketua Umno Bangi berkata kenyataan itu juga seolah-olah Zafrul bersendirian dan terasing dari arus perdana politik Umno Selangor.



“Tuduhan itu dibuat seolah-olah dengan motif tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif khususnya terhadap kepimpinan Zulkarnain dan Umno Selangor umumnya.

“Seolah-olah menampakkan beliau ketinggalan maklumat mengenai perkembangan gerakan politik Umno Selangor yang telah melangkah jauh ke hadapan selepas mengalami kekalahan sekali lagi pada PRU15,” katanya dalam kenyataan.

Zaidi berkata mesyuarat Umno Selangor malam tadi yang dihadiri 18 ketua bahagian dan tiga timbalan termasuk dari Kota Raja diketuai Zafrul juga kesal dengan tuduhan menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu.

“Tuduhan itu tidak berasas dan jauh dari fakta sebenar,” katanya sambil mendedahkan Ketua Umno Klang Zainuri Zainal yang juga setiausaha politik Zafrul tidak dimaklumkan sebelum tuduhan itu dilemparkan.



“Begitu juga dengan timbalan Kota Raja yang mengesahkan Zafrul tidak pernah berbincang dengan kepimpinan bahagian sebelum mengeluarkan tuduhan itu, walhal mereka ada bersama dalam program
sehari sebelum kenyataan itu dikeluarkan.”

Semalam, Zafrul yang meletak jawatan bendahari Umno Selangor Isnin lalu membidas tiada usaha “gigih” memperbaiki parti di negeri itu selepas kalah teruk pada PRN lalu.

Zafrul yang kekal sebagai ahli majlis kerja tertinggi dan ketua Umno Kota Raja mendakwa prestasi merosot apabila hanya menang dua daripada 12 kerusi ditandingi sepatutnya menjadi amaran untuk berubah namun sehingga kini tiada post mortem dilakukan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya



Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh



Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker