Malaysia bakal terima lebih 25 juta dos vaksin Pfizer-Biontech pada suku ketiga tahun
Dos vaksin Pfizer ditempah cukup untuk 70 peratus populasi
Malaysia akan menerima 25.6 juta dos vaksin Pfizer-BioNtech pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Memaklumkan perkara itu pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya hari ini, beliau berkata, ia susulan perjanjian tambahan sebanyak 12.8 juta dos, yang ditandatangani Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dengan syarikat pengeluar vaksin itu pada 21 Mei lepas.
“Ini menjadikan jumlah dos vaksin Pfizer yang telah ditempah kerajaan meningkat kepada 44.8 juta atau cukup untuk 70 peratus daripada jumlah populasi,” katanya.
Untuk bulan Jun sahaja, Khairy berkata negara akan menerima 2.2 juta dos vaksin Pfizer-BioNtech dengan 444,600 dos akan dihantar setiap minggu, selama lima minggu.
Khairy dalam pada itu berkata, rundingan terkini Malaysia dengan Sinovac Biotech dan Pharmaniaga Bhd diputuskan bahawa, kesemua tempahan sebanyak 12 juta dos vaksin keluaran syarikat dari Beijing, China itu, akan dihantar sepenuhnya pada Jun dan Julai ini.
Tak hadir mesyuarat, mana adab Muhyiddin dengan Sultan Johor
Mengenai bekalan vaksin AstraZeneca pula, beliau menjangkakan penerimaan sebanyak 610,000 dos pada Jun dan 410,000 dos pada Julai.
“Bagaimanapun ini tertakluk kepada kelulusan NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara),” katanya.
Dengan statistik jadual penerimaan tersebut, beliau menjangkakan sasaran 150,000 suntikan vaksin dapat dilaksanakan sehari bermula bulan depan, selain penambahan jumlah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.
“Saya beri jaminan kepada rakyat yang belum dapat tarikh janji temu, akan memperolehinya dalam bulan-bulan akan datang. Penghantaran vaksin juga cukup dan cepat yang membolehkan program imunisasi berjalan lancar dan pantas,” kata Khairy. -Bernama
Vaksin Covid-19: Contohi AS, UK turunkan kes melalui pemberian meluas
Malaysia bakal terima lebih 25 juta dos vaksin Pfizer-Biontech pada suku ketiga tahun
Baca Artikel Menari
-
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
- Neelofa hilang 100000 pengikut di Instagram?
- Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam
- Selepas Kelantan, hampir 11,000 di Kedah pula tak hadir ambil vaksin
- Wanita menyusu bayi boleh disuntik vaksin AstraZeneca
- Erma Fatima selar tindakan orang awam pergi mall ‘Macam Sakai’
Layari Laman Facebook MYKMU NET
[VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus