Video ‘Kak Siti’ bayar wang pelincir masuk Malaysia, imigresen lapor SPRM

Sebaran :

Video ‘Kak Siti’ bayar wang pelincir masuk Malaysia, imigresen lapor SPRM

Video ‘Kak Siti’ bayar wang pelincir masuk Malaysia, imigresen lapor SPRM

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi jika terdapat pegawai yang terbukti melakukan kesalahan seperti didakwa dalam sebuah video tular dalam media sosial, ‘Kak Siti kena bayar pelincir untuk masuk ke Malaysia.’

Berikutan itu, satu laporan telah dibuat pada hari ini jam 2.30 petang di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya oleh Makhzan Bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) JIM, Makhzan Mahyuddin.



Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Imigresen membuat laporan kepada SPRM itu supaya satu siasatan yang telus dapat dijalankan.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang wanita memberi ucapan berkaitan status keberadaan dan pergerakan keluar masuk negara seorang wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai ‘Kak Siti’

Wanita itu mendakwa ‘Kak Siti’ mempunyai pas kerja yang sah dan telah melahirkan tiga orang anak di Malaysia, dan beliau telah pergi ke Batam, Indonesia bersama-sama ‘Kak Siti’ dipercayai cuba membantu ‘Kak Siti’ untuk masuk semula ke Malaysia.


Dzaimee yang dipetik daripada Bernama berkata, dakwaan dalam di video itu boleh menjejaskan imej dan nama baik Imigresen.

Ujarnya, jika dakwaan di dalam video tersebut tidak benar, tindakan undang-undang yang sewajarnya boleh diambil terhadap wanita yang memberi ucapan di dalam video tersebut.

Ucapan itu mendakwa, ‘Kak Siti perlu membayar sejumlah wang kepada individu yang didakwa sebagai pegawai Imigresen, bagi membantu kemasukan ‘Kak Siti’ ke negara ini.

“Jika terbukti dakwaan di dalam video tersebut adalah benar, tindakan yang tegas tanpa kompromi akan diambil, jika terdapat pegawai jabatan ini yang melakukan kesalahan.

“Jabatan ini juga tidak akan membiarkan mana-mana pihak, sewenang-wenangnya cuba membuat kenyataan atau dakwaan yang tidak benar yang boleh menjejaskan nama baik jabatan,” katanya. FMT

Video ‘Kak Siti’ bayar wang pelincir masuk Malaysia, imigresen lapor SPRM

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Isu rasuah imigresen, ia ‘rahsia yang terbuka’


Sebaran :

Leave a Reply