Guna nama Allah dalam lirik lagu, Jay Park minta maaf
PENYANYI rap dari Korea Selatan, Jay Park tampil memohon maaf kerana menggunakan nama Allah di dalam lirik lagunya.
Menurut penyanyi itu, dia meminta maaf kepada semua peminatnya yang beragama Islam dan tiada niat untuk mempersenda agama lain.
“Saya akan ambil perkara ini sebagai satu pengajaran. Saya hormat dan saya kepada semua orang tanpa mengira budaya, kaum mahupun agama,” katanya.
Permohonan maaf itu dilakukan Jay Park menerusi akaun Twitter rasmi miiliknya.
Menerusi lagu Muk Bang remix, Jay Park telah menggunakan perkaraan ‘worship me like Allah’ yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang Islam.
Menurut Jay Park lagi, dia mengetahui perkara itu selepas peminatnya cuba memberitahunya berkenaan penggunaan perkataan Allah yang tidak sepatutnya digunakan olehnya.
“Ada yang memberitahu saya tidak boleh sesuka hati menggunakan sesuatu yang amat bermakna buat orang Islam di dalam lirik lagu saya,” katanya.
Terdahulu, lirik yang digunakan Jay Park itu mencetuskan kemarahan masyarakat Islam dan antara yang terkena tempiasnya ialah penyanyi rap, Joe Flizzow.
Joe adalah antara individu yang berhubung rapat dengan Jay Park dan pernah beberapa kali tampil bersama di dalam lagu antaranya ialah lagu Ciao. SM
[VIDEO] Janna Nick menyelar peminat K-POP – Memang Semua Peminat K-POP Macam Ni?
You must be logged in to post a comment.