Cara buat tempe gerenti jadi. Senang rupanya


Penggemar tempe wajib cuba resepi yang dikongsikan Norlaila Dlaila ini memandangkan musim perayaan yang lalu, stok tempe sold out di pasaran. Tidak sukar pun menyediakannya, tak percaya? Ikut langkah ini.

Bahan :

1 kilo Kacang soya
1 sudu besar Ragi
1 sudu besar Tepung jagung

Cara :



1. Mula-mula rendam kacang soya selama lima jam.

2. Selepas itu, rebus kacang soya selama 25 minit dan tutup api. Biarkan kacang soya itu terendam semalaman di dalam air rebusan.

3. Buang air rebusan dan basuh kacang soya sambil diramas-ramas untuk membuang kulitnya. Bilas beberapa kali sehingga kulitnya tanggal semua.

4. Rebus lagi kacang soya selama 25 minit.



5. Toskan airnya dan keringkan kacang soya sehingga betul-betul kering. ( tak perlu bilas). Dan tidak perlu dikeringkan di bawah sinaran matahari, kipas sudah memadai.

6. Apabila sudah kering, gaulkan kacang soya dengan ragi dan tepung jagung. Ragi boleh dibeli secara talian.



7. Kemudian masukkan ke dalam plastik dan di seal dan di cucuk dengan lidi.( Kalau nak tempe gemuk, letak padat-padat)

8. Simpan tempe di tempat gelap dan panas semalaman.



9. Jangan ditindankan. Letakkan satu per satu di dalam bakul dan tutupkan dengan surat khabar atau apa-apa alas. (Selalunya tempe akan menjadi dalam tiga hari). Ikut cara yang dikongsikan, Insya-Allah menjadi. Dan boleh dijadikan sebagai bisnes kecil-kecilan.

10. Apa lagi, gorenglah.



Sumber : Norlaila Dlaila

Resepi Apom Lenggang Terlajak Laris



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker