Sewa bilik nak lalok, 6 dikompaun

Sebaran :


PETALING JAYA: Enam individu termasuk dua wanita dikompaun RM4,000 setiap seorang kerana berkumpul dan berhibur dengan menyewa sebuah bilik di resort Jalan Persiaran Cinta Sayang, Kedah, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah.

Beliau berkata, dalam Op Cantas/Op Covid pada 1.30 pagi tadi, semua individu yang ditahan berkenaan berumur antara 17 hingga 33 tahun.

Kata beliau, semua mereka dikompaun RM4,000 setiap seorang kerana melakukan kesalahan mengikut Perkara 9 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) 2021.



“Hasil pemeriksaan mendapati semua suspek berkumpul dan minum minuman keras serta menghisap dadah,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Adzli berkata, ketika pemeriksaan lanjut dibuat polis turut menemui ketamin dianggar seberat 0.8 gram pada seorang suspek lelaki berusia 29 tahun dan ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah berkenaan.

“Semakan juga mendapati suspek bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai empat rekod jenayah lampau,” katanya dan menambah semua mereka mengaku menyewa bilik itu semata-mata untuk berhibur.


Katanya, dua wanita berusia 17 dan 21 tahun mengaku bekerja sebagai pembantu kedai makan, manakala tiga lelaki lain bekerja sebagai pemandu lori dan pencuci kereta.

Suspek yang terbabit dadah turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan akan direman untuk siasatan lanjut. FMT

Ajar proses dadah secara ‘online’, lelaki 56 tahun ditahan polis


Sebaran :

Leave a Reply