Resepi Tom Yam Thai Campur

Resepi Tom Yam Thai Campur

Resepi Tom Yam Thai Campur

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:5 orang

Resepi Tom Yam Thai Campur yang kita kongsi kali ini adalah sejenis tom yam yang berkuah merah pedas atau “nam Khon” berbanding satu lagi jenis Tom Yam Thai yang berkuah putih atau “nam sai”.



Dalam resepi ini kita masukkan susu cair dan akar ketumbar sebagai bahan utama penambah aroma. Juga kalau diikutkan cara orang Thai masak, mereka gunakan air rebusan ayam atau seafood sebagai bahan utama kuah tom yam, tetapi oleh kerana tidak ada air rebusan ayam Che Nom masukkan kiub ayam sebagai ganti, tidak ada sebarang masalah.

Selamat mencuba 🙂

Bahan-Bahan: Resepi Tom Yam Thai Campur

Bahan-Bahan untuk Rebusan A:

air secukupnya
Akar ketumbar
2 inci lengkuas
4-5 helai daun limau purut
2 batang serai
cili padi, hiris atau tumbuk kasar
1 ketul kiub ayam



Bahan-Bahan untuk Rebusan B:

karot
1 mangkuk isi ayam
bawang holland
3 sudu besar pes tom yam
cendawan tiram
tomato
3 sudu besar sos ikan
3 ekor sotong
7-8 ekor udang besar
1/4 cawan susu cair
jus limau nipis dari 4 biji limau
hirisan daun ketumbar, untuk tabur
1 mangkuk kecil isi ayam

Cara Penyediaan:

Masukkan semua bahan-bahan rebusan A sekaligus ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

Masukkan pula karot diikuti isi ayam, bawang holland, pes tomyam, cendawan tiram yang diracik halus, tomato, sos ikan, sotong, udang dan susu cair.

Kacau seketika tetapi jangan lama kerana takut udang dan sotong terlebih masak. Anggaran 30 saat sahaja.



Masukkan jus limau nipis dan terus tutup api. Jus limau tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti rasanya akan menjadi tidak enak.

Taburkan dengan hirisan daun ketumbar sebagai penambah aroma dan hiasan.

Tips:

Bahan-bahan yang digunakan untuk tom yam haruslah segar kerana ia akan mempengaruhi rasa tom yam nanti.

Pastikan seafood juga segar dan tidak berbau.



Untuk rasa lebih pedas, anda boleh tambah cili paste Thai, atau lebihkan cili padi di dalam kuah tom yam mengikut cita rasa masing-masing.

Resepi Che Nom

Resepi Tom Yam Thai Campur


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Resepi ayam goreng tomyam pedas

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker