10 cara perbaiki sidang media Pengerusi Prasarana
Jawab soalan wartawan dengan hormat, jangan budakkan mereka
1. PAKAI face mask.
2. Baca teks rasmi yang disediakan oleh kumpulan pakar dan high management Prasarana.
3. Tak perlu pegang mikrofon. Dah beratur punya banyak mikrofon dengan stand masing-masing depan itu.
4. Bagi mikrofon di tangan kepada wartawan untuk tanya soalan.
5. Guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris secara betul dan teratur. Jangan rojak macam orang tak pergi sekolah. Biasanya cara paling profesional ialah baca dua teks dalam dua bahasa yang berbeza.
6. Mulakan sidang media dengan perkara positif seperti rekod prestasi dan assurance bahawa perkhidmatan Prasarana adalah cemerlang sebelum kemalangan. Memulakan sidang media dengan bilangan penumpang yang masuk hospital dan ICU adalah kurang bijak.
7. Tidak perlu ada dua wanita di kiri dan kanan beliau yang konsisten memperbetulkan fakta dan mencadangkan perkataan yang sesuai ketika dia ‘lost word’ (saya tak pasti siapa mereka).
8. Jawab soalan wartawan dengan penuh rasa hormat, profesional dan berfakta. Jangan perbudakkan mereka
9. Kalau rasa emosional dan mudah koyak (terutama pada soalan desakan letak jawatan) jangan buka sesi soal jawab.
10. Songkok itu pakai tegak-tegak!
Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)
Ahmad Maslan ‘terkejut’ Tajuddin dipecat, harap jadi iktibar
Baca Artikel Menarik
- Resepi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus
- Turun lawat, tengok sendiri sekolah pedalaman jalani PdPR, kata Puad
- PKP: Najib ajar kerajaan cara buat perbelanjaan
- Selepas #kerajaangagal keluar pula #kerajaanbodoh
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
Layari Laman Facebook MYKMU NET