Speaker terima usul pembangkang agar Dewan Rakyat bersidang 8 hari.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima satu usul tergempar berkenaan gesaan agar sidang Parlimen pada 18 Mei ini, yang dijadual berlangsung sehari sahaja, dilanjutkan kepada lapan hari.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ariff berkata beliau telah menerima usul daripada Anggota Parlimen Batu Sapi Liew Vui Keong, dan memutuskan untuk menerima sebahagian daripadanya.

Empat perkara yang dibangkitkan dalam usul itu ialah:

Usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Undi percaya kepada Anggota Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad.
Bahawa Parlimen berhak mengawal selia tatacaranya sendiri, dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan terutama perintah kawalan pergerakan (PKP).
Usul agar sidang Dewan Rakyat dilanjutkan daripada sehari kepada lapan hari.
“Atas pertimbangan berdasarkan penjelasan yang diberikan, saya memutuskan agar sebahagian ditolak dengan alasan usul dikemukakan tidak perlu disegerakan.



“…Dan sebahagian diterima kerana ia perkara tertentu, untuk kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan boleh dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak,” katanya.

Ariff tidak menyatakan secara khusus bahagian usul yang diterima, atau bila ia akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Mkini

#PrkKimanis : Terima Kasih semua – Tok Mat



Terima Kasih Tun Mahathir

Kadir: Guna usul PM singkir speaker sebagai ‘undi tak percaya PM’



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker