Isham persoal bila ‘orang besar langgar SOP’ dikenakan tindakan

 

Susulan jaminan diberi Muhyiddin Yassin bahawa tidak akan ada amalan berat sebelah dalam penguakuasaan prosedur operasi standard (SOP), seorang pemimpin BN Selangor hari ini mempersoalkan perihal isu “orang besar” yang didakwanya melakukan kesalahan namun belum dikenakan tindakan.

Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil berkata dia inginkan kepastian apakah tindakan sudah diambil ke atas orang terbabit walaupun kejadian itu sudah berlaku dua bulan lalu.

“Semalam Tan Sri Muhyiddin kata tidak kira siapa yang langgar SOP akan diambil tindakan.

“Sudah hampir dua bulan ada orang besar itu dilihat langgar SOP tetapi sehingga kini apakah tindakan yang diambil?” soalnya.

[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC

Bersama hantaran itu Isham mengepilkan video berdurasi 15 saat dipetik dari program bual bicara Muhyiddin mengenai cabaran pandemik Covid-19 disiarkan RTM dan Bernama TV semalam.

“Kita tidak double standard. Kita tak kira sesiapa – menteri ke, perdana menteri ke… siapa yang melanggar (SOP) dan memang nyata ada bukti-bukti ikut undang-undang, maka mereka takkan terlepas daripada dikenakan hukuman,” Muhyidin dipetik berkata dalam klip berkenaan.

Turut dikepil bersama klip video berkenan ialah gambar Muhyiddin berjalan masuk ke sebuah premis tanpa mengenakan pelitup muka, manakala orang di sekitarnya pula rata-rata dilihat mengenakan pelitup muka.

 

[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC

Ia dipercayai gambar yang sama dimuat naik bekas perdana menteri Najib Razak sekitar awal bulan lalu, yang turut mempersoalkan hal sama.

Gambar itu menunjukan Muhyiddin memasuki sebuah premis di Putrajaya untuk menghadiri dan mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor.

“Habis ini macam mana cerita? Perdana menteri tolong jelaskan supaya tidak timbul ‘kegentaran awam’ lagi pula,” kata Isham sinis.

Najib yang sebelum ini didenda RM3,000 kerana gagal mematuhi SOP Covid-19, mempersoalkan apakah pula keadaannya jika menteri kerajaan yang melanggar SOP.

Semalam, Muhyiddin memberi jaminan bahawa tidak ada amalan berat sebelah dalam penguatkuasaan SOP.

Jika ada yang terlepas pun, katanya, ia mungkin disebabkan faktor kekangan petugas yang memantau dan mengambil tindakan.

Isu dua darjat dan berat sebelah dalam penguatkuasaan SOP sebelum ini memang banyak diperkatakan.

Namun ia semakin hangat pada musim hari raya baru-baru ini apabila rakyat diingatkan agar tidak berziarah dengan pihak berkuasa akan melakukan pemantauan ketat.

Pada masa sama beberapa selebriti dan ada juga ahli politik didapati memuat naik gambar berhimpun beramai-ramai di media sosial mereka, bertentangan dengan SOP yang tidak mengizinkan ziarah pada hari raya.

Sebelum ini, terdapat beberapa kes ahli politik yang diambil tindakan oleh pihak berkuasa hanya setelah gambar menunjukkan mereka melanggar SOP tular dan menerima kecaman banyak pihak.

LRT bertembung, siasatan terperinci jika ada kecuaian – Menteri Wilayah

Isham persoal bila ‘orang besar langgar SOP’ dikenakan tindakan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Status Nilai 3: Mufti saran PDRM siasat isu lebih penting

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker