LRT bertembung, siasatan terperinci jika ada kecuaian – Menteri Wilayah

Prasarana Malaysia Bhd memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya berdepan insiden melibatkan dua buah tren.

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” katanya dalam satu kenyataan.



Prasarana tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai insiden itu selain menyatakan ia membabitkan dua tren bernombor 40 dan 81.

Sementara itu Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berkata laporan awal mendapati sebuah tren membawa penumpang dan sebuah tren kosong bertembung menyebabkan ada penumpang tercampak dan jatuh.

Kejadian tersebut katanya berlaku di laluan bawah tanah KLCC.

Tren lrt bertembung dari Klcc ke Dang Wangi [VIDEO]



“Difahamkan tiada kematian tapi ada yang cedera. Sedang berusaha dapatkan laporan,” katanya di Twitter.

Dalam ciapan lain, Annuar berkata punca insiden pelanggaran koc berkenaan mesti disiasat secara terperinci dan diteliti jika adanya kecuaian berlaku terutama di menara kawalan.

Public Safety mesti sentiasa di utamakan. Semoga rawatan segera dan terbaik diberikan kepada yang cedera. Terima kasih kepada pasukan pembantu,” katanya.

Terdahulu, netizen mendakwa dua buah tren bertembung.



Foto dan video yang tular menunjukkan pecahan kaca dalam tren berkenaan manakala beberapa penumpang cedera dan mengalami pendarahan.

 

[VIDEO PENUH] : LRT Laluan Kelana Jaya Kemalangan



Tempoh kuarantin pengembara dilanjut kepada 21 hari


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO & FOTO] Penumpang Cedera, Tren LRT Dipercayai Brek Mengejut Di LRT Laluan Kelana Jaya



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker