“Orang Buat Baik Tak Nampak..Suka Nampak Jahat Jer!”- Nur Sajat



Sebaran :

“Suatu hari nanti, kita akan dapat kehidupan yang kita ingin kan”- tulisnya di ruangan komen.

Sehingga hari ini, usahawan, Nur Sajat masih gagal dikesan walaupun waran tangkap ke atasnya telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah sejak 23 Februari lalu selepas diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Jangan keterlaluan kecam Sajat – Ustaz Kazim

Walaupunbagaimanapun, Sajat masih aktif di media sosial dengan memaparkan aktiviti sehariannya. Dalam sebuah posting terbaru, Sajat meluahkan isi hatinya kepada para pengikutnya. Dalam posting tersebut, Sajat berharap pada suatu masa nanti, dia akan mendapatkan sebuah kehidupan yang diinginkan.

Seperti yang dijangkakan, luahan hati Sajat itu  mendapat tentangan dan kecaman dari netizen. Rata-rata netizen yakin bahawa Sajat tidak akan mendapat kehidupan seperti dahulu malah mereka mahukan Sajat segera ditangkap polis.



“Sampai bila nak lari dari polis? Awak tidak akan dapat kehidupan yang anda nak balik macam dulu selagi tak serah diri. Baik pergi serah diri je la. Sembunyi sampai kiamat pun anda tidak akan terlepas. Percayalah”- tulis dengan yakin salah seorang netizen dengan akaun bernama @sri.veerash.

Tidak berdiam diri, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman lagi membalas komen tersebut untuk mempertahankan dirinya.

“Saya buat salah apa? Cuba bagi tahu? Sebab bagi sedekah pada anak yatim itu adalah kesalahan besar ke? Cuba. Buka mata. Bagi sedekah pada budak tahfiz itu satu kesalahan Ya ampun! Ini lah Malaysia!! Orang buat baik tak nampak, suka nampak jahat jer!!”- balasnya.

Sebelum ini  Sajat tampil menyuarakan sokongan terhadap  Neelofa di atas kontroversi menimpa usahawan itu. Sajat berkata, Neelofa sebagai seorang wanita yang baik dan kuat walaupun berdepan dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat.

“Sis! We Are Always Support You. Hidup Neelofa!” Biasa Orang ‘Bersinar’ Ni Ramai Dengki” – Sajat


Sebaran :


Leave a Reply