Telekung Alajmal pilihan wanita beribadat

Telekung Alajmal pilihan wanita beribadat
Telekung Alajmal pilihan wanita beribadat. Pernah mencatat jualan telekung daripada syarikat pengeluaran lain sehingga RM20,000 sehari pada tahun 2014 telah memberi satu suntikan semangat bagi pengasas Butik Al Ajmal, Rozita Mat Reshad meneruskan perniagaannya.

Wanita berusia 49 dari Pasir Mas, Kelantan itu mula menyusun strategi untuk membina jenama telekungnya sendiri, memiliki butik dengan rangkaian pengedarannya serta membangunkan kilang pembuatan telekung di Indonesia untuk jangka masa panjang.

Satu persatu, inisiatif tersebut digerakkan dengan modal permulaan kira-kira RM40,000 pada tahun 2015 dengan membeli stok telekung dari pembekal di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai ‘Telekung Arafah’.

“Telekung itu begitu popular meskipun harga tawarannya adalah RM85 sepasang tetapi ia menjadi rebutan pelanggan.

“Dalam masa sama, syarikat berjaya menguasai pengedaran telekung tersebut dalam kalangan dropship sebelum diedarkan kepada pelanggan.

“Ini bermakna, mana-mana ejen atau dropship perlu mendapatkan tempahan daripada pelanggan dan kami dari ibu pejabat akan menghantar kepada mereka, jadi di sini tiada lambakan stok telekung sehingga boleh menjejaskan pasaran,” katanya ketika ditemui di butiknya di Seri Kembangan baru-baru ini.

Rozita menerangkan, berdasarkan prestasi menggalakkan daripada segmen jualan telekung fabrik jersi, syarikat mula melangkah lebih jauh memperkenalkan telekung jenama sendiri yang dikenali sebagai Telekung Alajmal yang menawarkan 20 pilihan rekaan dan warna yang menarik.

Rekaan telekung baharu

Syarikat terus mengorak langkah dengan memperkenalkan lagi beberapa rekaan telekung baharu yang menggunakan fabrik soft jersi ,kapas, denim dan yang terbaharu ialah fabrik super silk untuk segmen telekung premium.

“Telekung Alajmal disasarkan kepada pelanggan berpendapatan pertengahan dan mereka menyukai corak rekaan, kualiti dan harga yang ditawarkan sehingga jumlah pelanggan berulang atau yang setia terus bertambah.

“Malah ada yang memilih telekung kami khusus untuk projek infak pada bulan Ramadan lalu,” jelasnya.

Usahawan yang pernah menjadi guru agama di sebuah sekolah menengah swasta selama 16 tahun di ibu kota itu telah memperuntukkan sebanyak 5,000 pasang telekung untuk program infak bulan lepas dan lebih daripada 3,000 pasang telekung telah berjaya dijual kepada pelanggan.

Ditanya mengenai keistimewaan telekung Alajmal sehingga mampu mencatat jualan kira-kira 1,000 pasang sehari sebelum pandemik Covid-19 melanda negara, Rozita menjelaskan, faktor pilihan fabrik, rekaan dan corak, kemasan serta kualiti memainkan peranan penting dalam menarik minat pelanggan.

Bahagian muka Telekung Alajmal juga dijahit kemas dan cantik dipakai tanpa menggunakan anak tudung, tidak jarang, lembut, tidak panas bila dipakai dan labuh kain juga dipanjangkan sehingga 58 sentimeter.

Telekung untuk golongan berbadan besar.

Lebih menarik, syarikat turut menawarkan telekung untuk golongan berbadan besar.

“Bagi meningkatkan keyakinan pelanggan, kami mengutamakan konsep jaminan wang dikembalikan jika terbeli telekung yang disebabkan oleh masalah teknikal daripada aspek pembuatannya.

“Namun rata-rata pelanggan berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan,” jelasnya sambil menambah hampir 90 peratus daripada jualannya adalah secara online.

Jualan tersebut diperkukuhkan melalui kerjasama daripada lima kakitangan di ibu pejabat, seorang ejen tunggal di setiap negeri manakala 200 usahawan dropship.

Bagi melancarkan lagi pengoperasian syarikat, Rozita telah memiliki sebuah kilang pembuatan di Tasik Malaya, Indonesia pada tahun 2017 sebagai usaha mengeluarkan lebih banyak telekung berkualiti dengan pelbagai rekaan dan corak pada masa depan.

Menurutnya, faktor kos fabrik dan tenaga kerja khususnya tukang jahit yang murah selain menghasilkan telekung berkualiti, beliau terpaksa melabur ke arah usaha tersebut.

Ternyata perancangannya berbaloi dan perniagaannya juga bukan sahaja memberi peluang kepada wanita bersolat dengan memakai telekung yang berkualiti dan selesa, malah dapat berkongsi rezeki dengan pengedar dan dropship serta membantu meningkatkan taraf hidup keluarganya. K Online

Telekung Alajmal pilihan wanita beribadat


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


8 artis cantik Indonesia hasilkan telekung sempena Ramadhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker