8 artis cantik Indonesia hasilkan telekung sempena Ramadhan

Indonesia memang terkenal dengan penghasilan telekung atau mukena yang unik dan menarik. Justeru tidak hairanlah ramai artis wanita turut mengambil kesempatan sempena Ramadan untuk menjualnya.

Apa yang menarik turut berbuat demikian bukan sahaja artis wanita beragama Islam tetapi juga bukan Islam seperti Amanda Manopo. Berikut lapan artis yang menjual telekung seperti dilaporkan dalam ruangan wolipop.detik.com

SYAHRINI

Syahrini sudah cukup lama berjualan mukena dan hijab melalui brand Fatimah Syahrini. Produk penyanyi ini cukup terkenal dengan sulaman yang cantik dan sentuhan mewah.

Salah satunya adalah Mukena Set With All Gold Plated Tag LIMITED EDITION SERIES “Gold with Snow Lace” berikut. Dalam satu set mukena, pelanggan akan mendapatkan beg, alas wajah untuk sujud dan pelitup muka.

DEWI SANDRA

Ramadan kali ini Dewi Sandra juga menawarkan pilihan mukena yang cantik. Berbeza dengan Syahrini, mukena dari jenama Doa Indonesia ini menyediakan warna dan motif yang lebih lembut sehingga sesuai dikenakan setiap hari ini. Signature Series Prayer Robe Extended boleh dimilik dengan harga Rupiah 849,000 (RM200)

NAGITA SLAVINA

Mukena dengan detail renda tampaknya masih dipopularkan pada Ramadan tahun ini. Pilihannya yang cantik pun disediakan oleh jenama mukena artis Nagita Slavina. Jika pelanggan mencari pilihan yang terlihat manis dengan motif floral, varian Simphony ini boleh dipertimbangkan. Mukena bermaterial cotton organik Eropah tersebut boleh diperolehi dengan harga Rupiah 1.5 juta (RM415)

LAUDYA CHYNTIA BELLA

Artis yang dikenali sebagai pelakon sinetron ini juga menjual busana hijab dan mukena. Sesiapa yang mencari mukena dengan warna dan desain minima boleh menjadikan mukena Prayer Robe dari jenama L by Laudya Cynthia Bella sebagai pilihan.

Ia ditawarkan dengan warna hitam dan biru tua serta boleh dibeli melalui dalam talian.

BELLA SHOFIE

Ramadan tahun ini artis Bella Sophie juga menghasilkan mukena selain busana muslimah. Dia menawarkan mukena dengan kombinasi bordir dan renda serta motif. Silky Mukena by BELLA SHOFIE ini dikatakan merupakan salah satu mukena terlarisnya.

AMANDA MANOPO

Walaupun bukan Islam, Amanda Manopo juga menawarkan pilihan mukena untuk dipakai oleh muslimat selama beribadah di bulan puasa. Mukenanya dikatakan dihasikan dengan bahan yang menjadikan ia lembut dan sejuk. Ia boleh dibeli dengan harga sekitar Rupiah 900,000 (RM300)

VANESSA ANGEL

Melalui jenama Vanesza Wear, Vanessa Angel menghasilkan pelbagai busana dan mukena. Dalam postingnya di Instagram, dia memberitahu mukena itu dijual dengan harga sekitar Rupiah 200,000 (RM55).

ZASKIA ADYA MECCA

Artis berhijab lain yang menjual mukena sejak Ramadan 2020 adalah Zaskia Adya Mecca. Selain baju dan hijab, disediakan pula mukena jenama busananya, Meccanism. Ia boleh dibeli dengan harga Rupiah 300,000 (RM80). Utv

Laudya Cynthia Bella, Engku Emran bercerai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker