Tempahan Slot Suntikan AstraZeneca 2.0 Masih Banyak

Tempahan slot bagi mendapatkan temujanji suntikan vaksin AstraZeneca pusingan kedua yang diberi keutamaan khas buat warga emas berusia 60 tahun ke atas dilaporkan masih banyak.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di laman sesawang vaksincovid.gov.my, slot untuk mendapatkan suntikan itu di lapan Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) melibatkan lima buah negeri masih mempunyai kekosongan.

Bagi PPVAZ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), orang ramai masih boleh membuat tempahan antara 8 Jun hingga 27 Julai 2021 susulan masih mempunyai kekosongan slot temujanji.



PPVAZ Dewan 1, Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya pula menawarkan kekosongan slot suntikan vaksin antara 17 Jun hingga 27 Julai 2021 memandangkan tempahan bagi 7 hingga 16 Jun sudah penuh.

Tempahan bagi mendapatkan suntikan di Pusat Konvensyen Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang juga masih kosong antara 14 Jun hingga 27 Julai depan.

Sementara itu, dua pusat PPVAZ di Sarawak masing-masing melibatkan Pusat Konvensyen Borneo di Kuching dan Institut Kemahiran Belia Negara di Miri juga masih mempunyai kekosongan antara 10 Jun hingga 27 Julai.

Susulan itu, warga emas di lima negeri terlibat seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak yang belum membuat tempahan boleh menempahnya menerusi www.vaksincovid.gov.my.. -K! ONLINE



Lebih 1.24 juta dos vaksin AstraZeneca ditawarkan untuk warga emas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker