Peraturan 2 jam di pusat beli belah tak praktikal

Shoppers wearing face mask walk through a shopping mall in downtown Kuala Lumpur, Malaysia, on Sunday, June 7, 2020. Malaysian government has lifted the conditional movement order (CMCO) and replaced it with a recovery movement control order effective June 10 until Aug. 31. (AP Photo/Vincent Thian)

PETALING JAYA: Persatuan Pusat Membeli Belah Malaysia berkata, ia menolak peraturan had tempoh dua jam untuk pelanggan berada di premis runcit dan pusat beli belah kerana penguatkuasaannya “amat tidak praktikal”.

Ia berkata, pengurusan pusat beli belah tidak dapat mengawal kedai jualan yang dimasuki pelanggan dan tidak dapat menjejak pergerakan mereka pada setiap masa kerana pelanggan masuk dari pelbagai pintu masuk sebelum pergi ke kedai tertentu.

Bilangan pelanggan di pusat beli belah “sentiasa berubah kerana mereka masuk dan keluar pada setiap masa,” katanya.



Semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, pelanggan dibenarkan menghabiskan masa sehingga dua jam di semua premis runcit, termasuk pusat beli belah, sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) di bawah perintah sekatan pergerakan (PKP) terbaru.

Bilangan pelanggan dihadkan kepada seorang setiap empat meter persegi, sementara bilangan kakitangan di semua premis runcit, borong, pengedaran dan pusat beli belah, termasuk pengurusan, operasi dan sokongan juga dihadkan kepada 60%, katanya.

Dalam satu kenyataan, persatuan itu berkata, bukan sahaja tidak praktikal untuk memberhentikan dan memeriksa masa masuk pelanggan, malah ia juga “tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian”.

Resepi Sotong Phat Phet Thai Viral



Ia berkata, jika pihak berkuasa diminta menguatkuasakan peraturan itu, ia dilihat menyamai sebuah “negara polis”.

“Beban pematuhan had tempoh dua jam itu terletak di bahu pelanggan, bukannya tertanggung oleh pusat beli belah untuk menguatkuasakannya.

“Justeru kami menentang sebarang langkah untuk mendenda pusat beli belah dan peruncit atas salah laku sedemikian,” katanya.



Persatuan itu juga berkata, satu-satunya langkah praktikal ialah dengan menempatkan papan tanda di pintu masuk dan ruang legar, selain meminta syarikat perniagaan melakukan perkara sama di premis masing-masing.

Ia berkata, sejak bermulanya wabak Covid-19 pada 2020, rekod tempat parkir kenderaan menunjukkan pelanggan menghabiskan masa antara satu hingga satu jam setengah di pusat beli belah. Masa purata sebelum wabak ialah tiga jam.

Ia berkata, premis perniagaan di pusat beli belah sudah pun mengawal kapasiti kemasukan, dengan mengehadkannya kepada seorang pelanggan setiap empat meter persegi.

Selain itu katanya, bilangan had kapasiti maksimum hendaklah dipaparkan di pintu masuk.



Ia berkata, ia merupakan langkah kawalan orang ramai yang sudah mencukupi.

Katanya, kemungkinan orang ramai berkumpul di ruang legar umum juga hampir tidak ada sekarang kerana sebarang acara, aktiviti pameran dan promosi tidak dibenarkan.

“Kami sedar pihak berkuasa mahukan kawalan pergerakan orang ramai lebih ketat, tetapi apa-apa langkah hendaklah praktikal dan boleh dilaksanakan, jika tidak tujuannya tidak tercapai.

“Kami tegaskan bahawa kami bersedia bekerjasama dan mencari penyelesaian praktikal,” katanya.



Turun lawat, tengok sendiri sekolah pedalaman jalani PdPR, kata Puad

      Peraturan 2 jam di pusat beli belah tak praktikal


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Berjayakah Afdlin dan Altimet dalam arena politik?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker