Pendakwaraya tuduh Zahid ambil kesempatan mengumpul kekayaan

 

SHAH ALAM: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi melibatkan sistem visa warga asing kerajaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas timbalan perdana menteri itu mengambil kesempatan atas jawatan tingginya untuk “mengumpul kekayaan”.

Dalam kenyataan pembukaannya, timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran berkata, Zahid menerima rasuah dalam pelbagai mata wang asing, termasuk dolar Singapura, euro dan dolar Amerika Syarikat, selain ringgit, daripada kontraktor, Ultra Kirana Sdn Bhd.



Zahid, yang juga menteri dalam negeri, didakwa menerima wang tunai S$14.71 juta, USD15,000, euro5,000 dan RM3.13 juta antara 2014 dan 2017.

Pihak pendakwaan berkata, wang tersebut dibayar sebagai dorongan kepada Zahid untuk melanjutkan kontrak Ultra Kirana bagi mengurus sistem visa dan Pusat Sehenti (OSC) di China.

“Pendakwaan akan membuktikan bahawa orang kena tuduh (Zahid) terlibat dalam pelantikan Ultra Kirana untuk (mengurus) sistem visa berdasarkan keterangan dokumen dan lisan,” kata Raja Rozela.

Lepas PKP 3.0 suku masak, PKP 4.0 ke, tanya Najib



Beliau berkata, pendakwaan akan memanggil kira-kira 20 saksi bagi membuktikan 40 tuduhan rasuah terhadap Zahid.

“Mahkamah akan mendengar keterangan daripada saksi tentang bagaimana wang itu dibayar kepada tertuduh.

“Pada akhir kes pendakwaan, mahkamah akan melihat kaitan antara pelantikan Ultra Kinrara dengan wang yang dibayar kepada tertuduh,” katanya.



Timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, Gan Peng Kun dan Lim Wai Keong juga mewakili pihak pendakwaan.

Zahid diwakili oleh peguam Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.

Perbicaraan berlangsung di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustafa.

Peraturan 2 jam di pusat beli belah tak praktikal



Pendakwaraya tuduh Zahid ambil kesempatan mengumpul kekayaan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bicara Kes Sistem VISA Presiden UMNO Bermula Esok



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker