Bank Rakyat tawar lanjut moratorium

Sebaran :

Bank Rakyat tawar lanjut moratorium

Bank Rakyat tawar lanjut moratorium

Bank Rakyat akan melanjutkan tempoh Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang akan berakhir pada 30 Jun 2021 khusus untuk pelanggan yang masih terkesan berikutan pandemik COVID-19.

Selaras dengan pengumuman berhubung Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar (Targeted Payment Assistance) oleh Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) pada 12 Mei 2021, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Bank Rakyat amat prihatin terhadap situasi terkini yang masih tidak stabil.

“Justeru, bantuan ini dilanjutkan khusus buat pelanggan yang masih menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka berikutan penularan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara.”

Antara kriteria pelanggan yang boleh memohon bantuan ini adalah pelanggan yang telah diberhentikan kerja dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, pelanggan yang masih dalam tempoh bercuti tanpa gaji, pelanggan yang mengalami pengurangan gaji atau pendapatan serta pelanggan yang mana pasangan turut terjejas.

“Selain itu, Bank Rakyat turut menawarkan bantuan bersasar kepada individu terjejas yang bekerja sendiri atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberi fleksibiliti dalam pembayaran pembiayaan,” ujar beliau.

Permohonan lanjutan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini boleh dibuat mulai 1 Julai 2021 dan pelanggan perlu menghubungi Bank menerusi e-mel di [email protected] dengan menyertakan sekali nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian 1 300 800 800 atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan untuk merancang pembayaran pembiayaan. Ikuti saluran rasmi komunikasi Bank Rakyat dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini di laman web korporat, www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat di Facebook, Instagram dan Twitter. SM

Bank Rakyat tawar lanjut moratorium


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bank Rakyat sediakan hadiah lebih RM300,000 sempena Aidilfitri


Sebaran :

Leave a Reply