Lepas PKP 3.0 suku masak, PKP 4.0 ke, tanya Najib


Ini kes logik yang orang putih kata “you can’t have your cake and eat it too”.

Kerajaan ada dua mesej penting semalam:

1) Kita mahu Rakyat lockdown kendiri kat rumah..
2) Kita tak buat full lockdown sebab nak beri peniaga kecil bernafas.

Katakanlah objektif 1 berjaya 100%, maka peniaga kecil juga tak bernafas sebab tiada pelanggan.



Jika objektif 2 berjaya 100%, maka kes Covid tak turun dan semakin naik.

Apa berlaku jika objektif 1 dan objektif 2 masing-masing 50% peratus?

Kes Covid turun 50% ke 3,000 kes sehari dan pendapatan peniaga kecil turun 50% sebab jumlah pelanggan turun 50%.

Adakah penurunan ke 3,000 kes dikira berjaya?



Adakah peniaga kecil masih catat keuntungan dengan penurunan pendapatan sebanyak 50%?

Keadaan ini akan berterusan untuk tempoh agak lama sehingga rakyat dan peniaga kecil tak mampu bertahan lagi.

Masa itu, kerajaan juga akan terpaksa memberi kelonggaran semula walaupun kes Covid masih tinggi.

Setelah kes naik semula selepas kelonggaran diberi maka PKP 4.0 akan menyusul.



Oh? Macam pernah dengar cerita ini?

Ya, ia berlaku pada PKP 2.0.

Sebab PKP 2.0 berjaya maka dalam masa sekelip mata, kerajaan buat PKP 3.0.

Jika benda tak berjaya mereka tak buat lagi, kan?



Saya beri bukti bahawa PKP 3.0 suku masak tak akan selesaikan masalah.

Pada 16 April, 7 daripada 10 daerah Kelantan dikenakan PKP 3.0. Hari itu jumlah kes baharu Kelantan sebanyak 164.

Pada 21 Apri, baki 3 daerah Kelantan turut dikenakan PKP 3.0. Jumlah kes hari itu sebanyak 370.

Lebih sebulan selepas Kelantan dikenakan PKP, kes baharu Kelantan hari ini (23 Mei) ialah 626.



Pada 30 April, 5 daerah Kedah turut dikenakan PKP 3.0. Kes baru Kedah sebanyak 136.

Lebih 3 minggu kemudian, jumlah kes hari ini catat 422.

Pada 4 Mei, 6 daerah utama Selangor masuk PKP 3.0. Jumlah kes, 675 hari itu.

Hampir 20 hari kemudian, Selangor catat 2,235 kes hari ini.



Benda terbukti gagal, kenapa diulang?

The definition of insanity is doing the same thing over and over again, but expecting different results.

NAJIB RAZAK

Akui kegagalan, ubah pendekatan kekang Covid-19, badan pemikir beritahu kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker