MCA tuntut senaraikan sekatan jalan raya
Parlimen contoh terbaik ‘full lockdown’ berkesan kawal Covid-19, sindir Najib
MCA hari ini mencadangkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyatakan lokasi sekatan jalan raya (SJR) secara rasmi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.
Ketua Biro Perundangan Pemuda MCA, Ryan Ho berkata ia bagi mengelakkan orang ramai keluar dan melencong ke tempat yang tidak sepatutnya.
“Selain mengelakkan mereka daripada dikompaun, mengelakkan kesesakan trafik yang menyusahkan petugas barisan hadapan serta mereka yang dalam kecemasan, ia juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran awam supaya terus berada di rumah jika tiada urusan penting,” katanya dalam satu kenyataan.
Covid-19 : Noh desak kilang ayam di Parlimen Tanjong Karang ditutup
Menurut Ketua Biro Perundangan Pemuda MCA itu lagi , dia sedia maklum SJR yang dilaksanakan bagi tempoh PKP adalah bertujuan memantau pergerakan awam, bukannya fokus kepada kes-kes jenayah semata-mata.
Oleh demikian cadangan untuk menyiarkan lokaliti pelaksanaan SJR ini hanyalah ketika tempoh PKP sahaja.
“Kita semua yakin PDRM ada kaedah tersendiri untuk kes-kes jenayah selain daripada melaksanakan SJR,” katanya.
Manakala mengulas tindakan kerajaan untuk tidak sekali lagi melaksanakan sekakatan pergerakan penuh atau lockdown, Ho berkata, selepas setahun rakyat sepatutnya sudah mempunyai pengetahuan cukup mengenai Covid-19.
“Norma baharu yang kita amalkan saban hari sepatutnya telah mematangkan kita untuk membuat keputusan sendiri dalam mengambil langkah-langkah sesuai untuk melindungi diri dan keluarga, bukan lagi diarahkan itu ini oleh kerajaan,” katanya.
Kata Ho, tidak dinafikan PKP 1.0 atau total lockdown pada Mac 2020 memang berkesan mengurangkan kes-kes positif jangkitan ke tahap paling minimum.
Bagaimanapun, katanya rakyat akan lebih terkesan dengan pelaksanaannya.
“Negara tidak mampu bertahan lama jika PKP 1.0 dilaksanakan semula.
“Mungkin lekuk jangkitan pandemik dapat dilandaikan, mungkin juga tidak jika sikap segelintir rakyat yang masih sambil lewa dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.
Muhyiddin Yassin semalam mengakui secara peribadi dia berpendapat melaksanakan PKP penuh adalah cara terbaik mengekang Covid-19.
Pun begitu Muhyiddin menjelaskan kesan ekonomi yang diakibatkan oleh pelaksanaan PKP total sangat besar dan ekonomi negara hampir runtuh sehingga beratus bilion diperlukan untuk memulihkan keadaan.
MCA tuntut senaraikan sekatan jalan raya
Baca Artikel Menarik
- Resepi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus
- Turun lawat, tengok sendiri sekolah pedalaman jalani PdPR, kata Puad
- PKP: Najib ajar kerajaan cara buat perbelanjaan
- Selepas #kerajaangagal keluar pula #kerajaanbodoh
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.