Lelaki yang serang Imam Masjidil Haram mengaku ‘Imam Mahdi’

Lelaki yang serang Imam Masjidil Haram mengaku 'Imam Mahdi'

Lelaki yang serang Imam Masjidil Haram mengaku ‘Imam Mahdi’

JEDDAH – Seorang pegawai keselamatan Arab Saudi muncul sebagai wira selepas berjaya menghalang seorang lelaki yang cuba menyerang imam di Masjidil Haram di Makkah.

Adegan serangan di satu daripada tempat suci di Arab Saudi itu turut tersiar secara langsung di televisyen pada Jumaat.

Polis yang menyiasat kejadian itu mendedahkan bahawa penyerang terbabit mendakwa sebagai ‘bakal Imam Mahdi’.

Anggota keselamatan, Mohammed Al-Zahrani berjaya memintas lelaki itu dan bergelut sehingga jatuh ke lantai ketika dia cuba melakukan serangan itu.

Penyerang kemudian dikeluarkan dari masjid dengan bantuan pegawai lain.

Al-Zahrani dipuji sebagai ‘wira’ oleh rakyat negara itu selepas video tindakannya itu tersebar di media sosial.

[VIDEO] Cubaan Bunuh Imam Masjidil Haram Sheikh Baleelah

Penyerang terbabit yang berpakaian ihram, seperti dilihat di siaran langsung televisyen telah berlari menuju ke mimbar ketika imam masjid, Sheikh Bandar Baleelah sedang menyampaikan khutbah Jumaat.

Dia kemudian ditahan oleh pegawai keselamatan susulan tindakan oleh Al-Zahrani yang menghalangnya, kata jurucakap polis Makkah.

Syeikh Baleelah meneruskan khutbahnya biarpun berlaku insiden itu.

Siasatan awal polis mendapati, lelaki itu adalah warganegara Arab Saudi berusia 40 tahun, menurut akhbar Al-Watan. – Arab News

Lelaki yang serang Imam Masjidil Haram mengaku ‘Imam Mahdi’

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Syed Saddiq didakwa berborak lucah dengan pelajar di WhatsApp

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker