Insiden Kereta Meletup : Berdebar, Gelisah Jadi 'Petanda Awal' — MYKMU.NET

Insiden Kereta Meletup : Berdebar, Gelisah Jadi ‘Petanda Awal’



Sebaran :

Insiden Kereta Meletup: Berdebar, Gelisah Jadi 'Petanda Awal'

 

Insiden Kereta Meletup : Berdebar, Gelisah Jadi ‘Petanda Awal’

KOTA BHARU: Seorang wanita yang turut terlibat dalam kejadian kenderaan meletup di Simpang Empat Kampung Sireh di sini mendakwa seperti diberikan ‘petanda awal’ mengenai kejadian buruk itu.

Menceritakan detik awal insiden itu Noor Aslinda Zakaria, 39, berkata, pada hari kejadian dia berada di rumah ibunya di Pintu Geng di sini ketika dikejutkan oleh bunyi guruh yang kuat dan bekalan elektrik yang terus terputus.



“Secara tiba-tiba saya keluar untuk melihat kenderaan saya yang diparkir jika berlaku sesuatu tidak diingini memandangkan ketika itu ada petir. Hati saya berdebar-debar dan risau jika berlaku sesuatu tidak diingini dengan kereta tersebut. Ia seperti petanda awal mengenai kejadian tersebut,” katanya.

Dia bersama dua lagi anaknya, Nur Anis Syamimi Mahadi, 19 dan Muhammad Aiman, 15 tahun kemudian merancang pulang ke rumah mereka di Kampung Kijang, di sini.

“Nur Anis minta saya tunggu seketika memandangkan waktu itu hujan agak lebat dan sementara menunggu dia selesai solat Asar, saya dapati perasaan saya gelisah dan serba tidak kena.

“Saya teringatkan anak bongsu saya, Muhamad Atiq yang ketika itu berada di rumah saya,” katanya ketika ditemui di kediamannya pada Sabtu.



Menurutnya, selepas 10 minit bertolak dari rumah ibunya, dia sampai di lokasi kejadian dan kebetulan ketika itu lampu isyarat sedang dalam keadaan merah.

Kereta terputus dua, mercun bola meletup

Melihat dari cermin sisi kanan

Katanya, ketika itulah dia melihat dari cermin sisi kanan sebuah kereta di belakangnya terbakar lalu memaklumkan kejadian itu kepada dua anaknya.

“Selepas kira-kira dua atau tiga minit, kami dikejutkan dengan dentuman serta gegaran yang kuat. Saya tidak sedar apa yang berlaku dan saya cuma lihat anak lelaki sudah keluar dari kenderaan sambil jerit Allahuakhbar, Allahuakhbar!



“Barulah saya dan Anis keluar dari kereta dan melarikan diri hampir 10 meter dari lokasi kejadian. Ketika itu asap berkepul dan saya dapat lihat ada kereta yang terbakar di belakang kereta saya dan kami dapat rasakan haba panas tersebut,” katanya.

Aslinda berkata, kemudian dia meninggalkan kenderaannya dengan berkaki ayam kerana risau jika lambat bertindak, kemungkinan besar kereta dinaiki mereka juga akan meletup memandangkan jarak yang cukup dekat dengan kenderaan yang terbakar itu.

Dia kemudian menghubungi salah seorang anak saudaranya dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut.



Sementara itu, Anis ketika ditemui turut memberitahu masih trauma dengan kejadian tersebut dan sukar melelapkan mata kerana masih terbayangkan kejadian itu termasuk bau asap dari kenderaan yang terbakar.

Katanya, akibat melihat insiden tersebut dia terpaksa mengumpul kembali keyakinan untuk memandu kereta walaupun sudah mempunyai lesen memandu.-Awani

Insiden Kereta Meletup : Berdebar, Gelisah Jadi ‘Petanda Awal’


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO & FOTO] Kereta Dipanah Petir. Badan Lelaki Hancur, Kereta Meletup


Sebaran :


Leave a Reply