#SavePalestine: NGO, Mizz Nina, selebriti kutip RM17.8 juta

Rakyat Malaysia ternyata ternyata sangat bermurah hati. Ibarat cubit kiri kanan, peha kiri terasa perihal itu dibuktikan dengan sokongan yang diterjemahkan melalui kutipan dana buat rakyat Palestin.

Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang disertai pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan dikhabarkan berjaya mengumpul dana hampir RM17.8 juta hasil sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.

Perkara tersebut diumumkan oleh selebriti dakwah yang juga aktivis kemanusiaan, Mizz Nina menerusi satu kenyataan rasmi dalam Instagramnya.

Bersyukur dengan hasil kutipan tersebut, Mizz Nina atau nama lengkapnya, Shazrina Azman, 41, tidak menyangka dengan sokongan luar biasa diterima.

[VIDEO] Tabik Spring Caprice! Tak ‘Koyak’ Berhujah Dengan ‘Influencer’ Israel. Netizen Salute Beliau

PENDERITAAN Palestin sejak berdekad lalu terus mendapat perhatian dunia termasuk rakyat Malaysia.

“Alhamdullilah semoga Allah terima dan balas segala kebaikan anda. Kami tidak menjangkakan ia begitu banyak sekali begini. Mari teruskan usaha ini, jangan lakukannya hanya bermusim sahaja tetapi berterusan menyokong Palestin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mizz Nina yang juga isteri vokalis Hujan memaklumkan, hasil sumbangan akan digunakan secara berperingkat untuk disalurkan kepada klinik Malaysia Al-Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.

Untuk rekod, MAD menggabungkan 20 NGO antaranya Cinta Gaza Malaysia, Global Peace Mission Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Iman Care.

Antara selebriti yang turut serta dalam kempen derma itu adalah Heliza Helmi, Faizal Tahir, Noh Saleh, PU Rahmat, Fedtri Yahya dan Natasha Hudson. – K! Online

 

#SavePalestine: NGO, Mizz Nina, selebriti kutip RM17.8 juta


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Darurat Bukan Ubat Covid-19, Annuar Bidas Kor Ming

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker