Kolej Pakar Bedah Jawab Fitnah Terhadap KP Kesihatan Freemason

Kolej Diraja Pakar Bedah Edinburgh (RCSEd) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung anugerah ijazah kehormat, The Fellowship Ad Hominem yang diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang dikaitkan dengan upacara Freemason.

Noor Hisham melalui kenyataan di laman Twitter berkata, penyebaran fitnah melalui media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini semakin berleluasa dengan menyebarkan pelbagai berita dan cerita palsu berunsur fitnah.



“Alhamdulillah pihak RCSEd telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari ini,” katanya dalam kenyataan tersebut malam tadi.

Ketua Penglibatan Antarabangsa RCSEd, Mariette Naud-Betteridge berkata, anugerah Fellowship Ad Hominem adalah satu daripada penganugerahan tertinggi oleh kolej tersebut kepada Noor Hisham.

“Penghargaan itu diberikan kepada bekas pengamal perubatan atau yang masih berkhidmat atau individu yang mempunyai status profesional bertaraf tinggi serta dianggap layak mendapat penghormatan.

“Anugerah itu diberikan secara rasmi dalam upacara yang dihadiri oleh anggota kolej dan penerima perlu memakai jubah istiadat kolej pada majlis penyampaian anugerah,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.



Tambahnya, Noor Hisham dianugerahkan Fellowship Ad Hominem oleh Jawatankuasa Anugerah RCSEd pada 12 Oktober 2017 sebelum disampaikan Presiden Kolej, Mike Lavelle-Jones pada 2 Februari 2018 bagi mengiktiraf pencapaian beliau dalam bidang perubatan dan pembedahan serta sokongannya selama bertahun-tahun terhadap kolej itu.

Tangkap layar status beberapa individu yang mengaitkan Noor Hisham terlibat dalam majlis upacara keagaaman dan agenda Freemason.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah RCSEd Malaysia, Prof. Datuk Dr. Hanafiah Harunarashid berkata, kolej berpusat di Scotland itu merupakan institusi pembedahan tertua di dunia dan mempunyai felo dan ahli lebih 25 ribu orang pakar bedah dari seluruh dunia.

“RCSEd memberi anugerah kepada tokoh-tokoh unggul dari seluruh pelusuk dunia dan anugerah tertinggi ialah Ijazah Fellowship Kehormat yang pernah diterima Tuanku Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan (bekas) Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan.



“Saya membuat kenyataan ini bukan sebagai kawan atau rakan pakar bedah, tetapi sebagai ahli Lembaga Pengarah RCSEd Malaysia serta bekas Penasihat Antarabangsa RCSEd dan juga sebagai seorang manusia biasa yang ingin menyatakan kebenaran,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook beliau.

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa individu tidak bertanggungjawab mengaitkan gambar lama tersebut dengan upacara keagamaan dan Freemason. – K! ONLINE

Noor Hisham difitnah ikut upacara agama, Freemasons



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker