Pemilik kafe di Jempol dikompaun RM10,000 langgar SOP
SEREMBAN: Seorang pemilik kafe di Bahau, Jempol dikompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), petang semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata pemilik kafe berusia 60 tahun itu didapati tidak menyediakan imbasan kod QR MySejahtera untuk daftar masuk (check-in) atau buku pendaftaran kehadiran pelanggan secara manual di premis berkenaan.
“Kafe itu juga tidak menyediakan peralatan saringan suhu dan ‘hand sanitizer’ ketika pemeriksaan dilakukan pada 6.30 petang semalam. Kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Serbuan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di premis berkenaan pada pukul 1.30 tengah hari semalam.
Jelasnya, kesemua 12 lelaki itu didapati tidak memakai pelitup muka serta gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk (check-in) di premis atau menulis secara manual dan kesemua mereka dikompaun di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
— BERNAMA
You must be logged in to post a comment.