Ini mungkin punca kereta bawa mercun meletop

 

Kemalangan yang menyebabkan seorang lelaki terbunuh dalam letupan sebuah kereta di Kampung Sireh, Kota Bharu semalam mungkin berpunca daripada cubaan menyalakan rokok.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata keterangan itu ada disampaikan kepada pihak berkuasa oleh salah seorang saksi.

Bagaimanapun katanya dakwaan tersebut belum dapat disahkan kerana masih disiasat secara terperinci, termasuk oleh anggota dari unit pemusnah bom Bukit Aman.

“Ada maklumat yang polis terima memaklumkan mangsa cuba untuk menghisap rokok sejurus sebelum letupan berlaku.

“Sebab itu saya meminta bantuan unit bom untuk membantu mencari punca letupan itu berlaku sama ada kesan hisap rokok ataupun faktor lain,” katanya.

Shafien menjelaskan hal itu pada sidang media selepas meninjau kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Mukim Limbat Pasir Tumboh, Kota Bharu, hari ini.

[VIDEO & FOTO] Kereta Dipanah Petir. Badan Lelaki Hancur, Kereta Meletup

Dilaporkan sebuah kereta meletup di Simpang Empat, Kampung Sireh hingga mengorbankan seorang lelaki dalam kenderaan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu lima kenderaan lain yang secara kebetulan ada berhampiran kereta terbabit juga mengalami kerosakan.

Kereta yang meletup dan terputus dua itu dikatakan berisi mercun bola.

Shafien berkata, jika melihat kepada butiran yang ada, polis memang tidak menolak kemungkinan mangsa membawa mercun yang agak banyak dalam keretanya.

“Kalau mengikut kepada serpihan yang dijumpai jumlah mercun agak banyak.

“Sebab itu kita minta bantuan unit bom untuk tahu berapa jumlah (mercun berkenaan), sama ada dalam bentuk kilogram atau macam mana sehingga menyebabkan letupan yang begitu kuat dan kemusnahan agak besar,” katanya mengulas mengenai kejadian pertama seumpamanya berlaku di Kelantan itu.

Pakai dua pelitup muka, Noor Hisham ‘Misleading’?

Tambahnya lagi, walaupun operasi tangkapan ke atas kemasukan mercun di sempadan tinggi, masih ada orang yang berani melakukan kegiatan menyeludup bahan tersebut.

“Tangkapan mercun di sempadan cukup tinggi oleh Pasukan Gerakan Am. Saya ingat berapa kali dah tangkap (tak ada kemasukan lagi) tapi masih ada juga,” katanya.

Justeru pada masa sama Shafien meminta kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penyeludupan mercun dari negara jira atau kejadian semalam tampil membantu siasatan.

“Saya menyeru kepada orang ramai yang melihat kejadian berkenaan tampil menyalurkan maklumat dan membantu siasatan polis,” katanya.

Darurat Bukan Ubat Covid-19, Annuar Bidas Kor Ming

Ini mungkin punca kereta bawa mercun meletop


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

PKP 3.0: Kerajaan dituntut umum moratorium automatik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker