Burger Punya Pasal – Rilekslah Bang, Salah Order Je Pun

Burger Punya Pasal – Rilekslah Bang, Salah Order Je Pun

Semalam, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang bertindak ‘kasar’ terhadap seorang pekerja makanan segera di Ampang.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lelaki berkenaan dilihat menolak mesin juruwang yang berada di atas kaunter dan menyebabkan mesin tersebut jatuh ke lantai.

Hanya disebabkan kesilapan pesanan

Foto: Tangkap layar video

Lapor Harian Metro, lelaki itu dipercayai bertindak sedemikian kerana kesilapan pesanan yang dibuat. Pada masa yang sama, dia turut bertindak memaki pekerja di restoran berkenaan.

Ujar Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada pengurus restoran berkenaan pada jam 4.30 petang. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada jam 12.15 tengah hari dan ketika itu datang seorang lelaki ke kaunter bagi membuat pesanan.

Lelaki itu memarahi pekerja yang sedang bertugas kerana silap menerima pesanan. Polis juga sudah merakam keterangan pengadu dan melawat lokasi kejadian.

Menerusi siasatan yang dijalankan, pihak polis mendapati tiada sebarang kerugian dan kecederaan yang dialami oleh mangsa.

Pengadu juga tidak berhasrat untuk meneruskan kes berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Burger Punya Pasal – Rilekslah Bang, Salah Order Je Pun


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kerana sebut “Mak kau hitam” ini tindakan Bilal terhadap Abu Dzar. Agaknya kalau sebut “Mak kau hijau” apa jadinya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker