Shafee didakwa sorok ‘Yuran Guaman’ dari LHDN
Peguam Muhammad Shafee Abdullah menyembunyikan cukai pendapatan dari bayaran guaman RM9.5 juta yang diterimanya daripada bekas perdana menteri Najib Razak.
Timbalan pendakwa raya Afzainizam Abdul Aziz berkata demikian dalam pernyataan pembukaan pihak pendakwaan pada hari pertama perbicaraan pengubahan wang haram terhadap Shafee melibatkan wang RM9.5 juta.
“Tertuduh adalah peguam bela dan peguam cara di mahkamah ini.
“Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa tertuduh, dengan kemampuannya sebagai peguam bela dan peguam cara menerima sejumlah RM9.5 juta sebagai bayaran, tetapi dengan sengaja menyembunyikan fakta itu dari lembaga hasil (Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN),” hujah DPP di Mahkamah Tinggi Lumpur hari ini.
Pada 13 September 2018 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Shafee mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan berkaitan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Najib melalui dua cek.
Dia didakwa dengan dua tuduhan pengubahan wang haram melebihi RM9.5 juta, yang didakwa terima dalam dua bahagian: RM4.3 juta pada 13 September 2013, dan pembayaran kedua sebanyak RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.
Shafee juga didakwa dengan dua tuduhan memberikan pernyataan palsu kepada LHDN berkaitan dengan pembayaran itu pada 3 Mac dan 29 Jun 2015.
Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan hari ini adalah hari pertama perbicaraan di hadapan hakim Muhammad Jamil Hussin.
Najib: Kerajaan PN masih belum tersedar
- Resepi puding batik sedap sangat
- Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka
- Sahabat tapi bukan gabungan?
- [VIDEO] “Hawau Kau !!” MakCik Melaka Ini Sakan Bertekak Macam ‘Petir’, Pasal Perut Bertingkat.🤣
- Pulangkan balik duit Najib, saya bagi 24 jam – Shafee
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Resepi Laksa Penang Pekat dan Sedap