Ramai naik darah ‘live’ Caprice dengan wanita Israel


Tindakan penyanyi rap, Caprice membuat siaran langsung di Instagram bersama dua wanita dari Israel mengundang amarah netizen apabila kedua-dua wanita itu seolah-olah menegakkan benang yang basah berkenaan isu penjarahan Palestin.

Siaran langsung tersebut kelihatan agak tegang apabila berlaku perdebatan antara wanita Israel yang jelas tampak kurang senang dengan soalan yang dilontarkan oleh penyanyi rap tersebut.

Pengguna laman Twitter turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada kedua-dua wanita Israel itu kerana mereka seolah-olah memanipulasi soalan yang diberikan kepada mereka dan mereka juga memberi respon dengan kasar terhadap soalan yang diberikan.

“Caprice sepatutnya buat siaran langsung dengan lelaki kerana apabila bercakap dengan wanita ini, emosinya lebih dan hanya tahu nak menang sahaja. Tetapi, saya tabik Caprice kerana tidak melenting dan masih boleh sabar melayan mereka berdua,” ciap @mirashafiee di Twitter.

“Mereka juga menafikan semua fakta yang diberikan oleh Caprice dan berpura-pura tidak tahu tentang sejarah Palestin dahulu,” ciap @ai_ratherdie.

Menurut seorang pengguna laman Twitter, @Amirulshahrin3, berkata, anda tahu mereka salah apabila mereka tidak dapat menjawab soalan yang berunsurkan fakta.

“Mereka tidak langsung menjawab soalan yang diberikan malahan kerap menafikan soalan tersebut,” ciapnya.

“Secara keseluruhan siaran langsung antara Caprice dan mereka, boleh disimpulkan bahawa Imam Syafie pernah berkata, ‘Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil kerana jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu’,” kongsi Afaf melalui aplikasi WhatsApp. K Online

Caprice Mahu Instafamous Ini Bertanggungjawab Kerana Anaiya Artis-artis & Anak Yatim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker