6,493 kes: Kecuali Perlis, kes semua negeri tiga angka ke atas

No longer get into ICUs : Covid-19 in Kedah
Sebanyak 6,493 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 498,795 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Lembah Klang terus merekodkan kes harian tertinggi, dengan Selangor 2,163 kes dan Kuala Lumpur 641 kes.

Kebanyakan negeri mencatat kes tiga angka, kecuali Perlis (3) dan dua Wilayah Persekutuan – Labuan (84), Putrajaya (20).

Namun seperti mana semalam, Selangor kekal mencatatkan lebih 2,000 kes dengan 2,163 penularan dilaporkan.

Angka yang tinggi itu dikaitkan dengan saringan percuma ditawarkan kerajaan negeri Selangor.

Kedua tertinggi hari ini ialah jiran Selangor iaitu Kuala Lumpur yang melaporkan 641 kes diikuti Sarawak dengan 612 kes.

Selain itu, Kelantan terus melaporkan pertambahan kes baharu yang tinggi dengan hari ini sebanyak 467 kes dilaporkan.

Kelima tertinggi ialah Kedah yang melaporkan 434 kes, Johor (406 kes) Perak (382 kes), Negeri Sembilan (370 kes) dan Pulau Pinang (302 kes).

Berdasarkan perkongsian di media sosial Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, paling rendah melaporkan pertambahan kes hari ini ialah Perlis yang hanya mencatatkan tiga kes.

Ini diikuti Putrajaya dengan 20 kes manakala Labuan pula mencatatkan peningkatan ketara hari ini dengan 80 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,163 (163,747)
WP KL – 641 (52,538)
Sarawak – 612 (40,871)
Kelantan – 467 (21,307)
Kedah – 434 (14,621)
Johor – 406 (52,937)
Sabah – 144 (60,053)
Johor – 406 (52,937)
P Pinang – 302 (25,004)
N Sembilan – 370 (21,874)
Perak – 382 (17,994)
Melaka – 165 (9,377)
Pahang – 161 (7,282)
Terengganu – 139 (6,516)
WP Labuan – 84 (2,638)
WP Putrajaya -20 (1,626)
Perlis – 3 (410)

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 6,493 kes baharu Covid-19 hari ini, dengan Selangor terus mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 2,163.

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti Kuala Lumpur dengan 641 kes, Sarawak (612) dan Kelantan (467).

Semalam, selain jumlah kes tertinggi dicatatkan sebanyak 6,806, Malaysia juga mencatat 59 kematian, rekod tertinggi angka korban sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Deadliest day by far for Malaysia : Covid-19

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker