PRN Selangor, calon poster boy PH, PN masih menjadi tanda tanya

PENGUMUMAN calon poster boy Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pastinya ditunggu-tunggu pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor nanti.

Pemilihan poster boy sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Selangor lebih-lebih lagi pemimpin itu mesti bersifat ‘popular’ kerana aura dimiliki bukan hanya di kerusi dimenangi peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) semata-mata, sebaliknya disenangi di seluruh negara.

DUN Selangor yang secara rasmi dibubarkan pada Jumaat, dijangka sengit bukan sahaja dalam soal pemilihan calon bertanding tetapi siapakah calon poster boy bakal ditampilkan parti politik?



Dua nama besar dalam PH disebut-sebut sebagai calon poster boy iaitu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dicadangkan supaya wajah beliau akan digunakan sebagai ikon penting di negeri itu.

Manakala PN, beberapa nama dikaitkan antaranya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan daripada Pas diketengahkan Pesuruhjayanya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Kebiasaannya, calon poster boy adalah individu yang akan dilantik sebagai Menteri Besar jika berjaya memenangi pilihan raya.



Dalam pada itu, pada kempen PRN kali ini, PN memainkan isu mahu calon anak tempatan yang mempunyai kewibawaan memimpin, memahami latar belakang dan budaya di negeri berbanding calon dari negeri lain.

Manakala PH, menolak sentimen calon anak tempatan, sebaliknya menawarkan prestasi dan perkhidmatan kepada rakyat.

Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, PH dijangka menampilkan Amirudin dan Anwar sebagai poster boy pada PRN Selangor.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu terbukti memimpin kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan Pusat dengan cemerlang.



“Prestasi MB (Menteri Besar Selangor) sendiri setakat ini cukup membanggakan lebih-lebih lagi sebagai pemimpin muda di peringkat negeri yang kita rasa beliau mempunyai ketokohan dan kepimpinan cemerlang sepanjang lima tahun ini.

“Seorang lagi calon poster boy tentunya Perdana Menteri sendiri kerana berdasarkan kaji selidik menunjukkan beliau mendapat sambutan daripada rakyat sebagai tokoh pemimpin Kerajaan Perpaduan,” jelas beliau.

Mengulas mengenai calon Menteri Besar Selangor sekiranya gandingan PH dan Barisan Nasional (BN) mendapat mandat rakyat pada PRN, Mohd Yahya berkata, keputusan itu terletak kepada kebijaksanaan pimpinan Kerajaan Perpaduan menentukan calon sesuai dan layak.

“Bagi PH, kita memberi kepercayaan kepada Amirudin tetapi keputusan ditentukan Kerajaan Perpaduan nanti,” tambahnya.



PN tidak bincang

Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, calon poster boy tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PN.

Beliau berkata, Pas berpendirian tidak meletakkan calon poster boy di negeri ini kerana ia tidak sesuai selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

“Di Selangor, tidak sesuai diletakkan calon poster boy kerana kuasa melantik Menteri Besar Selangor di bawah kuasa Sultan Selangor.



“Kita belajar daripada pengalaman Langkah Kajang yang hendak meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (calon MB), tetapi ditolak Sultan Selangor,” katanya.

Tegas beliau, Pas tidak akan meletakkan calon poster boy pada PRN Selangor bagi menghormati kuasa Sultan Selangor.

“Kita tak mahu perkara itu berlaku dari sudut reputasi dan nama baik (PN) terjejas, namun jika ditakdirkan menang, kita muafakat siapa paling sesuai untuk dikemukakan dua atau tiga nama kepada Tuanku (Sultan Selangor),” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker