Bunuh anak, ‘Laki Bini’ dihukum gantung

Bunuh anak, 'Laki Bini' dihukum gantung

 

Bunuh anak, ‘Laki Bini’ dihukum gantung

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut tempat mereka bekerja, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menjatuhi hukuman itu ke atas Aaron Teoh Eng Wan, 37, dan isterinya, En Sit Mooi, 40, selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Terdapat bukti yang banyak bahawa pasangan ini telah melakukan pembunuhan dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah,” kata hakim.

Sebaik hukuman itu diputuskan, pasangan itu kelihatan kelu dan kemudiannya menangis di dalam kandang tertuduh.

Pasangan itu didakwa membunuh anak lelaki mereka, Adrian Teoh Wai Kit, yang merupakan anak sulung daripada dua-beradik di sebuah premis di Regalia Business Centre, Subang Jaya antara 2 petang dan 3.30 petang pada 26 Mei 2017.

Lelaki maut di IPD Gombak hadir untuk urusan dokumentasi, bukan disiasat, kata polis

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Aaron dan Sit Mooi juga dijatuhi hukuman penjara lapan tahun bermula dari hari pertama mereka didakwa (5 Jun 2017) bagi pertuduhan kedua, iaitu melakukan penganiayaan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 31 (5) akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama.

Terdahulu, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, Tan Teck Yew dan Tina Ong menyatakan kepada mahkamah bahawa nenek serta ibu saudara mangsa perlu dipanggil kerana pernah berada di bawah jagaan mereka untuk memberi pandangan bahawa kecederaan mangsa yang terdahulu mungkin diakibatkan oleh orang lain selain ibu bapanya.

Namun, Noorin berkata, keputusan makmal patologi telah pun mengesahkan bahawa kecederaan lama di mana terdapatnya kesan patah tulang rusuk dan kecederaan baharu yang menyebabkan kematian, sudah memadai.

Asyik berperang sama sendiri, Hadi Awang seru orang Arab lebih dalami Al-Quran

Pendakwaan mengemukakan 28 saksi dan pihak pembelaan mengemukakan dua saksi iaitu pasangan suami isteri itu sendiri yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi, sepanjang perbicaraan yang bermula pada Julai 2019.

Semasa membacakan kenyataan pembukaan bagi perbicaraan sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya memberitahu mahkamah bahawa sebelum meninggal dunia, mangsa telah dipukul oleh ibu bapanya menggunakan rotan dan kayu.

Keterangan pakar patologi menunjukkan punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat pendarahan di bawah kulit dan otot yang meluas serta teruk akibat daripada hentakan tumpul berganda.

Keterangan saksi pendakwaan lain seperti ahli kimia juga mengesahkan bahawa terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) milik Aaron serta mangsa pada rotan yang ditemui di tempat kejadian dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut, Sit Mooi dilihat beberapa kali mengheret mangsa yang dalam keadaan sangat lemah serta tidak bermaya.

Pasangan suami isteri itu pertama kali dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 5 Jun 2017. – Bernama

Bunuh anak, ‘Laki Bini’ dihukum gantung

 

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Palsu: Tiada perutusan khas COVID-19 daripada Perdana Menteri – MKN


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kes tinggi, petugas barisan hadapan letih

Dr.Vida jamin Seladang tak jadi ‘pink’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker