Bawa pelacur kita batalkan lesen dan permit bot – Nik Zawawi
Bawa pelacur kita batalkan lesen dan permit bot – Nik Zawawi
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen dan permit bot nelayan tempatan sekiranya terbabit dengan aktiviti membawa masuk pelacur warga asing ke negara ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata kementerian itu turut meminta pihak berkuasa membuat siasatan segera dan sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi nelayan terbabit perlu didakwa mengikut undang-undang sedia ada.
“Sehingga kini, pihak kementerian belum menerima maklumat mengenai kegiatan itu.
“Perbuatan itu tidak seharusnya berlaku di dalam sebuah negara yang banyak menyediakan peluang pekerjaan dengan mudah kepada rakyat dalam pelbagai bidang tanpa perlu memilih pekerjaan yang keji.
“Tindakan tegas tanpa memilih bulu akan diambil bagi memberi pengajaran yang berguna kepada rakyat agar tidak melakukan perbuatan yang terkutuk itu pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Daerah Pasir Puteh 2022 di Pasir Puteh hari ini.
Semalam, media melaporkan segelintir bot ikan besar yang dikaitkan dengan kartel perikanan, bukan sahaja terlibat menyeludup diesel bersubsidi untuk dijual secara haram kepada nelayan asing, malah disyaki melakukan aktiviti menyeludup pelacur wanita dari Vietnam ke negara ini. Mk
Bawa pelacur kita batalkan lesen dan permit bot – Nik Zawawi
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
You must be logged in to post a comment.