Mat Don lepak dengan Ronaldinho

Mat Don lepak dengan Ronaldinho

Mat Don lepak dengan Ronaldinho

Kemungkinan mahu dapatkan aura legenda sebelum saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun depan menyaksikan pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi sempat bersantai bersama legenda Brazil Ronaldinho.

Menerusi Instagram Liridon atau turut dikenali sebagai Mat Don, pemain berkenaan sudah selamat tiba di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) seterusnya akan bergabung dengan barisan skuad Harimau Malaya esok.

Gambar bersama bekas bintang Brazil itu menyaksikan dua individu berkenaan yang tidak memakai baju bersantai bersama dengan kapsyen ‘Legend meets Legend’.

Mat Don lepak dengan Ronaldinho

Status dengan gambar terbabit mendapat perhatian netizen yang setakat ini meraih 29,562 tanda suka serta 492 komen.

Namun, di sebalik gambar berkenaan timbul pula persoalan tindakan Mat Don bergambar dengan bekas bintang Barcelona dan Brazil itu dilihat melanggar prosedur operasi standard (SOP) terutama dia akan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan dan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sementara itu, Pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe memaklumkan bahawa perkara terbabit di luar bidang kuasa kerana pemain berkenaan tidak berada dalam kem latihan atau gelembung sukan.

“Perkara terbabit di luar kawalan kami namun jika dia berada dalam kem latihan perlu ikut SOP dan segala peraturan ditetapkan.

“Berkaitan dia sudah menerima vaksin atau tidak akan dimaklumkan nanti kerana jika mengikut peraturan pertandingan itu tidak perlu berbuat demikian,” katanya-BH

Mat Don lepak dengan Ronaldinho


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET

Ronaldinho Berfoya-foya Lepas Keluar Penjara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker