Mahathir setuju laksana PKP semula
KUALA LUMPUR : Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan langkah terbaik dalam usaha membendung semula penularan COVID-19 yang kembali memuncak.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedar pelaksanaan itu bakal menelan belanja besar, namun, kerajaan perlu bertanggungjawab melindungi nyawa rakyat.
“Tiada sebab lagi untuk orang ramai mengadakan majlis sosial yang menyebabkan himpunan yang ramai ketika ini.
“Kerajaan perlu bertanggungjawab dalam mengeluarkan belanja untuk laksana semula PKP meskipun ia agak tinggi namun kerajaan tetap harus laksanakan.
“Kerajaan perlu secara serius mengatasi wabak ini, jika tidak kita hanya menyaksikan nyawa orang ramai melayang tanpa dapat diselamatkan,” katanya menerusi perkongsian di blognya pada Khamis.
Persatuan perniagaan bantah sekatan sepenuhnya, mahu SOP lebih ketat, percepat program vaksinasi
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mendakwa, kerajaan ketika ini tidak belajar daripada kesilapan terdahulu yang merujuk pada keputusan melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.
Keputusan tersebut, tegas beliau, telah menyaksikan gelombang baharu COVID-19 kepada negara ketika itu.
“Kerajaan terlalu yakin dalam mengendalikan pandemik sewaktu itu dengan melaksanakan PRN di Sabah.
Hasilnya kita dapat lihat lonjakan kes berada pada tahap yang menakutkan,” katanya lagi.
Dr Mahathir dalam masa sama turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa memelihara kawalan kendiri terutamanya soal penjarakan fizikal yang juga tidak terkecuali kepada anggota petugas barisan hadapan.
Baca Artikel Menarik
- MatDon lepak dengan Ronaldinho
- Petisyen Penjarakan Neelofa Bermula
- Resepi Briyani Udang Edisi Aidilfitri Ke-3
- Gelang ‘pink’ sudah digunting! Nora Danish enggan ulangi kesilapan lalu
- Aurel Hermansyah keguguran, Atta Halilintar mohon jangan ada prasangka buruk terhadap isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Cahaya Lampu Solidariti Masjid Kapitan Keling terhadap Palestin
You must be logged in to post a comment.