Anak perempuan dilarikan penagih dadah

 

LUMUT: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta Perodua Bezza miliknya bersama seorang anak perempuan yang ditinggalkan di depan premis perniagaan di Seri Manjung dilarikan seorang penagih dadah pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, wanita tersebut meninggalkan anak perempuannya berusia 12 tahun di dalam kereta dalam keadaan enjin dan penyaman udara dihidupkan serta tidak berkunci, untuk membeli barang di kedai haiwan di kawasan Seri Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tidak lama kemudian, wanita itu mendapati keretanya telah tiada di tempat meletak kenderaan.

“Dalam keadaan mencemaskan itu, wanita tersebut melihat seorang lelaki yang tidak dikenali telah membawa lari kereta bersama anak perempuannya itu.

“Wanita berusia 36 tahun itu cuba untuk menghalang keretanya namun suspek telah memecut laju kereta itu dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

KJ kata Scam, Syarikat Nafikan

Menurut Nor Omar, orang ramai yang melihat kejadian berjaya menahan suspek dan kereta serta anak pengadu dapat diselamatkan.

Katanya, anggota Balai Polis Sitiawan dibantu oleh anggota kereta peronda Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari dan membuat tangkapan semula ke atas suspek berusia 24 tahun itu.

Menurutnya, hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamphetamine atau syabu.

“Suspek tiada rekod jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.

Nor Omar berkata, polis sedang menyiasat motif kejadian manakala soal siasat suspek belum dapat dilakukan kerana masih di bawah pengaruh dadah.

Jelasnya, kanak-kanak perempuan itu selamat tanpa sebarang kecederaan.

‘Takkan Israel buat ganas kita nak mengganas di tempat kita’, mufti tak setuju ‘cara’ PPIM lancar boikot

 

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


KJ kata Scam, Syarikat Nafikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker